Anniversari ke 13 MBTE

Anniversari ke 13 MBTE

Salam Perkenalan..........

Segala-galanya mengenai industri bas dan lori........

Perkongsian info-info....coretan...perkembangan industri bas secara umum......

Yang Sudi Singgah dan Suka Blog Ini......TERIMA KASIH.............Yang tak suka...... ADA AKU KESAH!!

|> pembeli tiket <|

|> adakah anda suka dengan blog ini? <|

salam kemerdekaan ke 59

salam kemerdekaan ke 59

TERKINI!!!!

TERKINI!!!!
Sebarang maklumat bole refer or klik ikon untuk ke link facebook

Wednesday 4 May 2011

Kampung morten - destinasi menarik : Melaka (Part III)

Kampung Morten merupakan satu-satunya kampung melayu di bandar bersejarah Melaka yang masih memiliki identiti tersendiri terutama rekabentuk dan lanskapnya. Perkampungan ini dinamakan sempena nama J.F Morten , pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920-an. Morten telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini , yang dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya.

Tangga batu merupakan ciri-ciri utama, di samping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik. Halaman rumah tradisional biasanya dihiasi dengan pelbagai jenis pokok bunga.

Kampung Morten mendapat perhatian penuh kerajaan negeri Melaka dan diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya pada tahun 1998 sebagai kawasan perkampungan tradisional melayu dan pusat tarikan pelancong.

Bagi mereka yang menaiki Melaka Rivercruise berpeluang menyusuri kira-kira empat kilometer di sungai berkenaan (Sungai Melaka, tentunya terpegun melihat tradisional tersebut.



Villa Sentosa dikenali sebagai The Living Mesuem yang diubahsuai menjadi muzium peribadi dan dirasmikan pembukaannya pada 11 Disember 1991. Villa ini kini diuruskan oleh waris generasi itu, Abdul Rahim Hashim, 58 tahun. Villa ini dibuka kepada umum bermula 9 pagi hingga 6 petang kecuali hari Jumaat dari 2 petang hingga 6 petang. Tiada bayaran dikenakan.




Salah sebuah rumah yang memang cantik....Hiasan dan bil elektrik sepenuhnya dibiayai oleh kerajaan negeri bagi keseluruhan rumah yang terlibat di sepanjang Sungai Melaka....

Rumah ini adalah 100% dibuat tanpa menggunakan paku....hanya menggunakan teknik pasak dan tanggam



1 comment:

Unknown said...

sape yang kita hubungi di kampung morten ini..

Post a Comment