Anniversari ke 12 MBTE

Anniversari ke 12 MBTE

Salam Perkenalan..........

Segala-galanya mengenai industri bas dan lori........

Perkongsian info-info....coretan...perkembangan industri bas secara umum......

Yang Sudi Singgah dan Suka Blog Ini......TERIMA KASIH.............Yang tak suka...... ADA AKU KESAH!!

|> pembeli tiket <|

|> adakah anda suka dengan blog ini? <|

salam kemerdekaan ke 59

salam kemerdekaan ke 59

TERKINI!!!!

TERKINI!!!!
Sebarang maklumat bole refer or klik ikon untuk ke link facebook

Tuesday, 29 March 2011

Pencarian Pemandu Bas dan Lori Terbaik Malaysia dan Singapura 2011 - SCANIA

RECAP untuk tahun 2007/08....Juara yang masih mempertahankan kedudukannya pada tahun 2010/2011.


2011 - Ghazali menang pemandu bas terbaik

SHAH ALAM 28 Mac - Jurulatih pemandu Syarikat Sani Ekspres Sdn Bhd., Ghazali Hassan, 47, muncul juara Pencarian Pemandu Bas dan Lori Terbaik Malaysia dan Singapura 2011 anjuran Scania (M) Sdn. Bhd.

Ghazali yang telah 20 tahun bertugas sebagai pemandu bas mengalahkan lima lagi peserta dalam pertandingan yang diadakan dua tahun sekali itu.

Kemenangan itu membolehkan dia membawa pulang wang tunai RM10,000 dan piala, sementara majikannya mendapat pakej servis bernilai RM15,000.

Dia yang pernah menjadi juara pertandingan yang sama pada tahun 2007/2008 itu berjaya ke peringkat akhir selepas melepasi saringan awal yang disertai lebih 100 pemandu bas dari Malaysia dan Singapura.

Ghazali ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka akan menjuarai pertandingan kali ini kerana selaku juara bertahan, dia berasa tertekan untuk menyertai lagi pertandingan itu.

"Namun, Alhamdulillah, saya berjaya juga," katanya yang ditemui selepas menerima hadiah kemenangan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Sim Say Kiong di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Scania Asia Tenggara yang juga Pengarah Urusan Scania (M) Sdn. Bhd. James Amstrong dan Pengurus Besar, Idros Puteh.

Ghazali berharap kemenangannya itu akan memberikan contoh yang baik kepada pemandu-pemandu majikannya yang lain.

Sementara itu, tempat kedua pertandingan itu dimenangi oleh Mohamad Mydin Yahaya daripada Rapid Penang yang menerima wang tunai RM3,000 dan piala serta pakej servis bernilai RM10,000 untuk majikan.

Tempat ketiga jatuh kepada Bambang Surya Wijaya dari WTS Travel and Tour, Singapura (RM2,000 dan piala).

Bagi kategori pemandu trak, juara dimenangi Mohd. Hisham Yusof dari TNT Malaysia (RM10,000 dan piala serta pakej servis RM15,000), Kedua Abdul Rasri Sakka dari LTS Total Logistics Solution (RM3,000 dan piala serta pakej servis majikan RM10,000) dan tempat ketiga Roslan Md. Ali dari Taipanco (RM2,000 dan piala).

Pertandingan Pencarian Pemandu Bas dan Lori Terbaik Malaysia dan Singapura itu memerlukan pesertanya memaparkan kemampuan, pengetahuan dan keselamatan pemanduan serta teknik pemanduan cermat dalam siri ujian teori dan praktikal yang mencabar.

--> GHAZALI Hassan (kanan) bersama pemenang lain (dari kiri) Roslan Md. Ali, Abdul Rasri Sakka, Mohd. Hisham Yusof, Bambang Surya Wijaya dan Mohamad Mydin Yahaya selepas majlis penyampaian hadiah Pencarian Pemandu Bas dan Lori Terbaik Malaysia dan Singapura 2011 anjuran Scania (M) Sdn. Bhd. di Bukit Jelutong, Shah Alam

**Petikan Utusan Malaysia
Read more --> Pencarian Pemandu Bas dan Lori Terbaik Malaysia dan Singapura 2011 - SCANIA

Monday, 28 March 2011

Jelajah Pahang dan Johor - Part 2

Dalam perjalanan pulang menuju K.L......dapat jamu mata banyak juga..

Jauhnya perjalanan lagi menuju destinasi akhir..

Terjah Port Five Stars kejap....

Milikan orang johor....ex-mana dulu ni....plate MYxxxx....cuma tingkap saja rasanya diubah, lain-lain masih original

Powered by Nasi Ayam Gemas tapi di Yong Peng.....rasa sama la macam kat Gemas.....ayam yang banyak tu yang buat power....nasi n sup biasa saja

--> nak menghala ke hiway jumpa plak tengah mengambil budak2 sekolah

Di Meng Ann tak banyak yang singgah masa ni....
Di Lucky Garden pon sama gak....yang selalu2 nampak

Jentera-jentera yang sedang menuju masuk.....

--> Masuk Hiway....

RnR Air Bemban....
--> port biasa dia....selalu tido sini nak tunggu malam

Odyssey........

**Alhamdulillah selamat sampai ke rumah....Amin
Read more --> Jelajah Pahang dan Johor - Part 2

Sunday, 27 March 2011

Jelajah Pahang dan Johor - Part 1

Baru-baru ni berkesempatan ke Rompin dan Mersing atas urusan kerja. Namun sempat la selit-selit gambar yang sempat...

ni sebelom sampai ke Muadzam Shah....nampak macam dia terbabas pi "bantai" tiang letrik tnb........jenuh nk ganti

bas CEO ni nak ke Kuantan kot.....cross jambatan yang merentasi Sungai Pahang

ex-Tasik Kenyir ni paking plak kt sini.....umah dia ke balik kampong sementara tunggu trip....hehehe

Port KTB laluan JB ke Kuantan/ K.Terengganu/ K. Bharu via Mersing


baru je aku masuk dia plak cabut........masih mantap body MAN Badanbas ni..


tak tahan betul Volvo ni...cucuk angin aku....kasi la dia potong, kang nanti cium bontot x pasal plak....mentang-mentang tank kosong laju semacam je

tak de yang menarik masa sampai Mersing....cuma yang ni je....dah petang, hujan plak sepanjang hari

ada plak geng polis trafik buat latihan selama 4 hari sekitar Johor, bawak pelatih baru test ride....menginap hotel yang sama....

Pekan Mersing zaman dulu dgn tahun 2007...





** akan bersambung
Read more --> Jelajah Pahang dan Johor - Part 1

Friday, 25 March 2011

Mayplan a.k.a Si Merah

Ni aku aplod masa abang "comei" kita masih lagi dengan MAN 16.290 kesayangannya. Masa buat trip ke Penang dulu. Terima kasih la kerana sudi me"ngontek" aku untuk bersua muka buat kali pertama dengan "si merah" ni. Dalam sibuk2 dok buat keja, nasib baik sempat juga tatkala tengahari menjelma..

--> masa mula terjah kat Bukit Bendera....

--> Kat tokong Siam Jalan Kelawei, hantar geng2 Myanmar pegi semayang.....kita orang cabut gi makan kat Restoran Zubaidah Tg Tokong....Abang drebar kita memang lapa betul....gambar je x amik....kekekeke





Sekarang ni dah dengan MAN 18.310, kesian kat "si merah" ni........

** sekalung penghargaan pada abang "comei" dan abang taikonya........
Read more --> Mayplan a.k.a Si Merah

Thursday, 24 March 2011

Barang Lama, Pelik, Menarik.........Layan Dulu

out of topic sat............

--> Camera ready! Actionnn


--> macam bunga raya MAYANG SARI plak

--> kalu snap bas terus keluar print.........


--> jenuh nak tekan

--> ni ha telepon beg skolah........


--> pen bukan sebarang pen.......pen "SPY"

--> macam mana dia masuk??

Read more --> Barang Lama, Pelik, Menarik.........Layan Dulu