Anniversari ke 13 MBTE

Anniversari ke 13 MBTE

Salam Perkenalan..........

Segala-galanya mengenai industri bas dan lori........

Perkongsian info-info....coretan...perkembangan industri bas secara umum......

Yang Sudi Singgah dan Suka Blog Ini......TERIMA KASIH.............Yang tak suka...... ADA AKU KESAH!!

|> pembeli tiket <|

|> adakah anda suka dengan blog ini? <|

salam kemerdekaan ke 59

salam kemerdekaan ke 59

TERKINI!!!!

TERKINI!!!!
Sebarang maklumat bole refer or klik ikon untuk ke link facebook

Tuesday 29 March 2011

Pencarian Pemandu Bas dan Lori Terbaik Malaysia dan Singapura 2011 - SCANIA

RECAP untuk tahun 2007/08....Juara yang masih mempertahankan kedudukannya pada tahun 2010/2011.


2011 - Ghazali menang pemandu bas terbaik

SHAH ALAM 28 Mac - Jurulatih pemandu Syarikat Sani Ekspres Sdn Bhd., Ghazali Hassan, 47, muncul juara Pencarian Pemandu Bas dan Lori Terbaik Malaysia dan Singapura 2011 anjuran Scania (M) Sdn. Bhd.

Ghazali yang telah 20 tahun bertugas sebagai pemandu bas mengalahkan lima lagi peserta dalam pertandingan yang diadakan dua tahun sekali itu.

Kemenangan itu membolehkan dia membawa pulang wang tunai RM10,000 dan piala, sementara majikannya mendapat pakej servis bernilai RM15,000.

Dia yang pernah menjadi juara pertandingan yang sama pada tahun 2007/2008 itu berjaya ke peringkat akhir selepas melepasi saringan awal yang disertai lebih 100 pemandu bas dari Malaysia dan Singapura.

Ghazali ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka akan menjuarai pertandingan kali ini kerana selaku juara bertahan, dia berasa tertekan untuk menyertai lagi pertandingan itu.

"Namun, Alhamdulillah, saya berjaya juga," katanya yang ditemui selepas menerima hadiah kemenangan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Sim Say Kiong di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Scania Asia Tenggara yang juga Pengarah Urusan Scania (M) Sdn. Bhd. James Amstrong dan Pengurus Besar, Idros Puteh.

Ghazali berharap kemenangannya itu akan memberikan contoh yang baik kepada pemandu-pemandu majikannya yang lain.

Sementara itu, tempat kedua pertandingan itu dimenangi oleh Mohamad Mydin Yahaya daripada Rapid Penang yang menerima wang tunai RM3,000 dan piala serta pakej servis bernilai RM10,000 untuk majikan.

Tempat ketiga jatuh kepada Bambang Surya Wijaya dari WTS Travel and Tour, Singapura (RM2,000 dan piala).

Bagi kategori pemandu trak, juara dimenangi Mohd. Hisham Yusof dari TNT Malaysia (RM10,000 dan piala serta pakej servis RM15,000), Kedua Abdul Rasri Sakka dari LTS Total Logistics Solution (RM3,000 dan piala serta pakej servis majikan RM10,000) dan tempat ketiga Roslan Md. Ali dari Taipanco (RM2,000 dan piala).

Pertandingan Pencarian Pemandu Bas dan Lori Terbaik Malaysia dan Singapura itu memerlukan pesertanya memaparkan kemampuan, pengetahuan dan keselamatan pemanduan serta teknik pemanduan cermat dalam siri ujian teori dan praktikal yang mencabar.

--> GHAZALI Hassan (kanan) bersama pemenang lain (dari kiri) Roslan Md. Ali, Abdul Rasri Sakka, Mohd. Hisham Yusof, Bambang Surya Wijaya dan Mohamad Mydin Yahaya selepas majlis penyampaian hadiah Pencarian Pemandu Bas dan Lori Terbaik Malaysia dan Singapura 2011 anjuran Scania (M) Sdn. Bhd. di Bukit Jelutong, Shah Alam

**Petikan Utusan Malaysia

2 comments:

pon said...

tahniah kepada mereka yg berjaya..semoga menjadi contoh kepada pemandu2 lain diluar sana,pertandingan ini bukan nak cari sapa yg nak jadi juara..tapi sebenarnya nak menjadi roll model kepada org diluar sana agar menjadi pemandu yg berhemah n bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan org lain umumnya..disamping itu,kita dapat menunjukkan skill yg baik utk diguna pakai..tq

Pae said...

betui tu.....semoga drebar2 mesia ni skillfull

Post a Comment