Anniversari ke 12 MBTE

Anniversari ke 12 MBTE

Salam Perkenalan..........

Segala-galanya mengenai industri bas dan lori........

Perkongsian info-info....coretan...perkembangan industri bas secara umum......

Yang Sudi Singgah dan Suka Blog Ini......TERIMA KASIH.............Yang tak suka...... ADA AKU KESAH!!

|> pembeli tiket <|

|> adakah anda suka dengan blog ini? <|

salam kemerdekaan ke 59

salam kemerdekaan ke 59

TERKINI!!!!

TERKINI!!!!
Sebarang maklumat bole refer or klik ikon untuk ke link facebook

Sunday, 20 March 2011

Lagi Eksiden

1) Seorang Maut, 6 Parah Bas Persiaran Rempuh Lori

20/3/2011
BIDOR: Seorang penumpang bas persiaran maut, manakala enam parah selepas bas yang membawa 43 peserta rombongan dari Pulau Pinang ke Nilai 3, Negeri sembilan, merempuh belakang sebuah lori, sebelum dilanggar sebuah lori lain di Kilometer 341.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat plaza tol Bidor, 4.50 pagi tadi.

Polis mengesahkan identiti mangsa yang terbunuh sebagai Sahad@Shariff Md Din, 74.

Setiba di tempat kejadian, bas terbabit dipercayai merempuh belakang sebuah lori bermuatan. Kemudian pemandu memberhentikan kenderaan di tepi dan menurunkan penumpang sebelum dilanggar lori kedua dari belakang. Pelanggaran pertama hanya membabitkan kecederaan kepada penumpang. Bagaimanapun pelanggaran kedua menyebabkan kematian dan kecederaan parah selepas ada penumpang yang sudah turun dan berada di tepi bas yang digilis kenderaan itu.

**sumber Berita Harian.


** Gambar dari ondscene.my.....kredit to owner


2) Dengar bunyi pelik

20/3/2011
ALOR GAJAH: “Saya dengar bunyi pelik di luar tapi tidak syak apa-apa sebelum terasa bas bergegar dan terhoyong-hayang lalu merempuh penghadang tengah lebuh raya dan terus melencong ke kiri jalan.”

Begitu kata penumpang "bas pesiaran", Shibli Sabtu, 26, selepas bas dinaiki bersama lapan penumpang lain terbalik di Kilometer 214.4, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah Selatan, kira-kira jam 2.30 pagi, semalam.

Dalam kejadian itu, semua penumpang yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru itu berdepan detik mencemaskan apabila bas dipandu lelaki berusia awal 30-an hilang kawalan sebelum terbabit dalam kemalangan.

“Ketika leka bermain telefon bimbit, tiba-tiba bas merempuh sesuatu dengan kuat sebelum senget ke kanan. Rakan saya pula tercampak ke lantai bahagian depan.

“Saya dengar penumpang menjerit dan meraung ketakutan selepas bas terbabas ke kiri sebelum terbalik ke kanan dan terseret, mengakibatkan sembilan penumpang lain tercampak dari tempat duduk,” kata penuntut pusat pengajian tinggi awam itu.

Katanya, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila perjalanan yang dijadualkan jam 12.40 tengah malam dari Perhentian Bas Bukit Jalil ditangguhkan ke jam 1 pagi akibat hal yang tidak dapat dielakkan. Malah bas juga dirasakan tidak stabil kerana halajunya berubah-ubah.

Seorang lagi penumpang, Azlan Abdullah, 46, berkata pemandu lewat memulakan perjalanan kira-kira 30 minit daripada masa dinyatakan dan berhenti di Hentian Sebelah Nilai.

“Selepas memandu 30 minit, sekali lagi pemandu berhenti di Hentian Sebelah Senawang untuk menghilangkan mengantuk dan meneruskan perjalanan 10 minit kemudian sebelum terbabit kemalangan,” katanya.

Katanya, ketika kejadian kebanyakan mereka terlelap dan dia tersedar apabila bas dirasakan senget sebelum terbalik dan terseret sejauh 50 meter.

“Saya cuba pegang tempat duduk depan dengan kuat tapi tetap tercampak. Keadaan huru hara kerana ramai penumpang tercampak dari tempat duduk.

“Saya cuba tendang cermin depan dengan harapan kami semua tidak terperangkap di dalam bas tapi tidak berjaya.

“Kemudian saya cuba membuka pintu kecemasan di atas bumbung bas dan dari situl kami semua merangkak keluar dari bas yang terbalik itu.

“Saya bersyukur kami semua, termasuk pemandu, terselamat dan tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

Sementara itu, sumber Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah (IPD) berkata, hasil siasatan awal, pihaknya percaya "bas pesiaran" dari arah Kuala Lumpur ke Johor Bharu hilang kawalan selepas terlanggar penghadang jalan dan melencong ke kiri lalu melanggar tebing dan terbalik ke kanan.

Bagaimanapun, bas itu hanya membawa sembilan penumpang dan mereka menyambung perjalanan ke Johor Bahru menggunakan bas pesiaran lain.

-> Gambar semalam semasa kejadian....
**petikan MyMetro
------@@@@----@@@@----@@@@----@@@@----@@@@----@@@@-----


--> Gambar terdahulu yang ada dalam simpanan.......tak dak plak kelihatan "BAS PERSIARAN" yang wartawan katakan tu.......Besar pulak tulisan EKSPRES tu.......

--> Ni plak dari website lpkp.........memang sah statusnya "BAS EKSPRES".....Sila klik gambar untuk besarkan

5 comments:

Pae said...

bila nama ekspres ditafsi sebagai persiaran........

tOksiak said...

hmmm.....depa main hantam ja bila tulih.....

Pae said...

besa la.........dh ingat amik kt setedium bkt jalil langsung kata trip persiaran kot.......bkn ka suma dh pi TBS........ada lg ka kt bkt jalil konter bas..........konpius aku

Anonymous said...

driver eagle ni aku kenai...dia kata nmpak benda melintas...xtau la betoi or x..

Pae said...

susah nak cakap pasal xde bukti.......hakikatnya dah terjadi, kita elakkan di masa hadapan

Post a Comment