Anniversari ke 13 MBTE

Anniversari ke 13 MBTE

Salam Perkenalan..........

Segala-galanya mengenai industri bas dan lori........

Perkongsian info-info....coretan...perkembangan industri bas secara umum......

Yang Sudi Singgah dan Suka Blog Ini......TERIMA KASIH.............Yang tak suka...... ADA AKU KESAH!!

|> pembeli tiket <|

|> adakah anda suka dengan blog ini? <|

salam kemerdekaan ke 59

salam kemerdekaan ke 59

TERKINI!!!!

TERKINI!!!!
Sebarang maklumat bole refer or klik ikon untuk ke link facebook

Wednesday 28 December 2011

Oh Len Seng Bus

Len Seng Bus satu masa dulu gah juga namanya ketika era 90an..... Syarikat induk yang dimiliki oleh Soon Seng Group sudah bertapak berpuluh tahun ini di Malaysia, juga mempunyai syarikat bas ekspres yang ternama juga masa tu iaitu North South Express (permit Soonmix Sdn Bhd)..... Selepas bertahun-tahun menjalankan operasi bas ekspres, North South Ekspres telah mempunyai satu lagi permit dari utara. tak silap dengan nama Pearl of The Orient (POTO) dan bas-bas dengan No pendaftaran utara.

Terima kasih diucapkan kepada rakan yang membawa masuk ke depo ini....



Selepas kemunculan empayar NAEILA, North South juga menerima tempias apa bila menyertai konsortium itu. Yang aku tahu permit POTO ini banyak dikeluarkan dan livery North South telah bertukar kepada livery Naeila. Rasanya permit Soonmix juga masih beroperasi dgn livery Naeila tapi dengan bas-bas yang sedia ada (sebelum permit POTO).


Kemudian selepas kejatuhan empayar Naeila, satu lagi syarikat yang pernah menyertai konsortium Naeila juga iaitu Transit Link turut mengalami zaman kemerosotannya. Bas miliknya mula tidak terurus dan ada yang dipajak dan dijual. Di Lembah Klang, bas-bas milik Transit Link yang dibeli oleh Len Seng boleh tahan banyaknya. Namun lama kelamaan faktor pengurusan dan perubahan zaman, dengan munculnya era Rapid Kl yang amat banyak sekali, perkhidmatan bas Len Seng makin menyusut, banyak bas-bas yang tersadai di depo sekitar Kl.




Apakah nasib Len Seng Bus ini pada masa-masa akan datang? Tapi sekurang-kurangnya masih bertahan setakat ini....

P/s: mungkin ada info yang ditulis kurang tepat, harap dapat teguran daripada otai-otai lain yang lebih mengetahui.....
Read more --> Oh Len Seng Bus

Friday 9 December 2011

Durian Burung Double Deck Scania 420

Kebetulan masa singgah di Hentian Sebelah berhampiran Nilai ni terserempak dengan KBX7000.... Driver tengah berehat setelah penat mengharungi trip malam.... Rasanya mungkin untuk trip Seremban-utara sebelah pagi ni...... Kondisi bas masih boleh tahan cantiknya.... Tahniah pada pemandu yang menjaga bas...







BOLINE???..........hehehehe



Titipan sedikit..... Sani vs Sani........ Lama vs baru




Read more --> Durian Burung Double Deck Scania 420

Tuesday 29 November 2011

Mahligai Eskpres

Beberapa gambar mahligai yang dalam koleksi aku........ Sama-sama jamu mata n enjoy!!........

** Mungkin ada antara bas single deck dalam gambar ni dah bertukar jadi milik orang lain..... dalam usaha mahligai menambah bas baru double deck









Read more --> Mahligai Eskpres

Friday 25 November 2011

Jambatan Timbang

Kali ini mari kita share info sket berkenaan jambatan timbang bagi sesebuah kilang minyak sawit.... Info ni berkenaan bagaimana jambatan timbang itu di certifiedkan dan boleh digunakan.....secara ringkas


Ujian 1 : Test pada individual section pada jambatan timbang (weighbridge) tersebut. Bagi weighbridge yg mempunyai kepanjangan 15meter, terdapat 3 section yang dipasang menjadi satu main structure yang panjang. Jadi 3 section ini perlu diuji dengan satu beban yang statik beratnya contohnya shovel dalam gambar ni. Berat yang display pada papan bacaan perlu sama bagi ketiga-tiga section ini. jika berlaku ketidaksamaan jadi ianya perlu diejaskan oleh syarikat yang akan mentauliahkan bagi sijil timbang tersebut.

Section pertama

Section kedua (tengah)

Section ketiga (hujung)

Ujian 2 : Menggunakan weighing blok yang mana berat satu set bongkah itu bersamaan 1000kg atau 1 tan. Setiap kali blok 1 tan ini diletakkan, papan display akan dilihat agar bacaannya sama nilai dengan berat blok tersebut. Blok ini akan ditambah satu demi satu sehingga maksimum jumlahnya 5 blok atau bersamaan 5000kg (5 tan). Ini bagi menguji ketepatan (accuracy) dan kepekaan timbang tersebut.

Ujian dengan 1 blok 1 tan

3 blok dengan berat 3 tan

Maximum 5 blok dengan berat 5 tan

Ujian 3 : Ujian dengan berat maksimum. Masa ujian dijalankan kebetulan ada tanker yang masih belum keluar, dan ianya boleh digunakan sebagai satu rujukan berat maksimum yang sesuai. Berat tanker ini adalah dengan muatan (BDM) dan akan diuji kepekaan dan toleren weighbridge itu dengan penambahan blok tadi. Bacaan di papan display akan menunjukkan berat sedia ada tanker tersebut (BDM) dengan penambahan berat blok 1 tan hingga 5 tan yang ditambah. Nilai penambahan secara teori ini perlu sama dengan bacaan pada papan display. Maka dengan ini timbang ini adalah lulus ujian calibration dan boleh digunakan.


 
Berat muatan tanker akan bertambah dengan setiap nilai bongkah yang ditambah 1 tan hingga 5 tan

Ujian selesai

Read more --> Jambatan Timbang

Saturday 12 November 2011

SKSKL Fleet DD

Kali ini jom ushar versi SKSKL DD plak...... CB mana lagi kalu bukan yang itu jugak..... 

** Sekalung terima kasih pada abang drebar







Selingan.......


Read more --> SKSKL Fleet DD