Anniversari ke 13 MBTE

Anniversari ke 13 MBTE

Salam Perkenalan..........

Segala-galanya mengenai industri bas dan lori........

Perkongsian info-info....coretan...perkembangan industri bas secara umum......

Yang Sudi Singgah dan Suka Blog Ini......TERIMA KASIH.............Yang tak suka...... ADA AKU KESAH!!

|> pembeli tiket <|

|> adakah anda suka dengan blog ini? <|

salam kemerdekaan ke 59

salam kemerdekaan ke 59

TERKINI!!!!

TERKINI!!!!
Sebarang maklumat bole refer or klik ikon untuk ke link facebook

Wednesday 30 May 2018

Sesi 'Mengetest' Trip MARA LINER 15 & 19 Februari 2018 (Part 1)

Trip kali ni kebetulan balik kampung. Biasa dengan kereta tapi kali nie dengan kenderaan awam. Dulu Mara Liner hantar Single deck Scania 360 Scomi. Bila rebadge semula kali nie keluar dengan Double Deck pula. Bila lagi nak cuba!!!!


Perjalanan : TBS ke Bandar Penawar
Masa : 9.00pm
Tambang : RM39.90 +(online cas RM2)
Seat: Seat atas double 2 row (seat keramat)
Bas : Mara Liner (RQ5039) 
Cesi : MAN 24.460
Coachbuilder : SKS Bus


Untuk perjalanan ke Bandar Penawar Kota Tinggi, hanya satu-satunya bas yang ada cuma lah Mara Liner.... Kebanyakan operator lain hanya sampai ke Kota tinggi sahaja... Memandangkan Bandar Penawar terletak jauh ke dalam iaitu menghampiri Desaru, kebanyakan kawasan dan penduduk disini terdiri daripada keluarga FELDA......


Malam cuti kelepasan am macam ni lah... Bas tambahan pun banyak... Salah satunya Kiffah ni...


hahahah bas dah tiba... hajat di hati nak cuba MAN RTG tapi dapat SKSBus juga.. takpe lah janji MAN kerana belon MAN memang superb...


Di fahamkan oleh rakan mbte, pilot kita ni orang lama masa zaman single deck Scania 360 lagi...

Mengerikan sikit malam ni bila tengok ramainya 'matcha' Bangladeshi nak ke sana... al maklum lah semua ni nak ke RAPID Pengerang kan kerja kontrak.... Bole dikatakan dalam 20 orang juga mereka ini... Alamatnya bau bawang le malam ni kita hahahah



Sementara berkesempatan lagi ni moh kita snap pic dulu... Jika di lihat pada malam hari kaler hijau muda ini memang menonjol tambahan pula base colour nya putih, memang contrast lah...



Bila ada sign board ni seat depan ada rasa sikit terhalang pandangan...


Macam biasa lah bila ada perjalanan masa cuti umum JPJ akan buat pemeriksaan pada kenderaan terutama bunga tayar


Powered by 'Singa Jantan' 460....12 speed woooooo

Rakan sebelah yang pepel tu tak silap bas ke utara...




Pemandangan terhalang kannn....

Perjalanan malam ini mengalami sedikit gangguan.. Ada 4 pax yang belum naik di terminal.. Jadi keperihatinan pilot menelefon dan menunggu di luar terminal di sebelah parking bas... lama juga pilot nak call sorang-sorang suruh ke bawah ni pasal bas tak bole tunggu lama di terminal kerana masa yang diberikan pengurusan TBS adalah terhad..


Yang kuning ni biasanya ke Kuala Terengganu..

amekawww bersusun air cond kt tangga....punya la sejukkkk

Perjalanan berjalan lancar malam ni walau pun musim cuti... So perjalanan lebih kurang 3 jam dan bas berhenti rehat di hentian sebelah kulai tak silap... Mata dah rabak tak perasan hahahha....







Alhamdulillah perjalanan selamat tiba di Hentian Bas bandar Penawar sekitar jam 3.30am... Mata pun tengah rabak lagi....


Di fahamkan kedua-dua pilot ni orang lama dalam mara Liner masa zaman single deck Scania 360


Pengalaman yang dapat diberikan :
Perjalanan : 9.00 pm - 3.30 am
Keadaan bas : 4.75/5
Kebersihan : 4.75/5 )
Pemanduan : 4.5/5
Pengendalian : 4.5/5
Gegaran dalam bas : 1.5/5 (1-tiada gegar ; 5-bergegar jiwa raga)
Faktor/ keadaan jalanraya : 3/5 (1-elok ; 5-jkr kena amik tindakan)
Secara purata pengalaman peribadi menaiki trip ini.....4.625/5

** Pada hemat penulis yang jujur, penulis merasakan menaiki bas Mara Liner ini memuaskan dengan pemanduan bas yang baik, keadaan dan kebersihan bas yang cantik... Faktor tambahan yang disukai penulis kerana pilot bas ini sanggup menelefon dan menunggu pax yang terlewat kerana kesesakan jalanraya menuju ke TBS.. satu kredit perlu diberikan kepada pemandu yang berhemah seperti ini... TAHNIAH!!!.


Read more --> Sesi 'Mengetest' Trip MARA LINER 15 & 19 Februari 2018 (Part 1)