Anniversari ke 13 MBTE

Anniversari ke 13 MBTE

Salam Perkenalan..........

Segala-galanya mengenai industri bas dan lori........

Perkongsian info-info....coretan...perkembangan industri bas secara umum......

Yang Sudi Singgah dan Suka Blog Ini......TERIMA KASIH.............Yang tak suka...... ADA AKU KESAH!!

|> pembeli tiket <|

|> adakah anda suka dengan blog ini? <|

salam kemerdekaan ke 59

salam kemerdekaan ke 59

TERKINI!!!!

TERKINI!!!!
Sebarang maklumat bole refer or klik ikon untuk ke link facebook

Wednesday 28 December 2011

Oh Len Seng Bus

Len Seng Bus satu masa dulu gah juga namanya ketika era 90an..... Syarikat induk yang dimiliki oleh Soon Seng Group sudah bertapak berpuluh tahun ini di Malaysia, juga mempunyai syarikat bas ekspres yang ternama juga masa tu iaitu North South Express (permit Soonmix Sdn Bhd)..... Selepas bertahun-tahun menjalankan operasi bas ekspres, North South Ekspres telah mempunyai satu lagi permit dari utara. tak silap dengan nama Pearl of The Orient (POTO) dan bas-bas dengan No pendaftaran utara.

Terima kasih diucapkan kepada rakan yang membawa masuk ke depo ini....



Selepas kemunculan empayar NAEILA, North South juga menerima tempias apa bila menyertai konsortium itu. Yang aku tahu permit POTO ini banyak dikeluarkan dan livery North South telah bertukar kepada livery Naeila. Rasanya permit Soonmix juga masih beroperasi dgn livery Naeila tapi dengan bas-bas yang sedia ada (sebelum permit POTO).


Kemudian selepas kejatuhan empayar Naeila, satu lagi syarikat yang pernah menyertai konsortium Naeila juga iaitu Transit Link turut mengalami zaman kemerosotannya. Bas miliknya mula tidak terurus dan ada yang dipajak dan dijual. Di Lembah Klang, bas-bas milik Transit Link yang dibeli oleh Len Seng boleh tahan banyaknya. Namun lama kelamaan faktor pengurusan dan perubahan zaman, dengan munculnya era Rapid Kl yang amat banyak sekali, perkhidmatan bas Len Seng makin menyusut, banyak bas-bas yang tersadai di depo sekitar Kl.




Apakah nasib Len Seng Bus ini pada masa-masa akan datang? Tapi sekurang-kurangnya masih bertahan setakat ini....

P/s: mungkin ada info yang ditulis kurang tepat, harap dapat teguran daripada otai-otai lain yang lebih mengetahui.....

15 comments:

siti said...

ish bagusnyer cita pasal bus...dulu bas naeila selalu xcidenkan???sampai takut nak naik...

miey said...

boleh dapatkan lagi tak gambar2 bas yang tersadai kat depo2 sekitar kl sedih sungguh bila tgk keadaan bas2 yang tersadai begitu sahaja

Pae said...

siti>>
semasa awal kewujudan naeila,memang syarikat ni begitu hebat dan kes kemalangan tidak ketara...tetapi selepas lama beroperasi dgn masalah pengurusan akibat penyertaan pelbagai syarikat bas lain sebagai konsortium dan di akhir2 kewujudannya tu yang banyak kes kemalangan berlaku.....mungkin faktor manusia juga

miey>>
setakat mana yang ada akan dikongsi dalam blog ini.....tq atas sokongan anda berdua

Unknown said...

ada tak gambar penuh bas permata kiara

Pae said...

maap tiada tuan........

Unknown said...

ohhhhh

Unknown said...

saya ingin tanya masa bas masuk ke dalam depoh bas len seng tu kan macam mana bos minta kebenaran untuk masuk ke dalam depoh bas tu

Pae said...

seeloknya minta kebenaran....kebetulan ada kawan bawak masuk saya aritu

Anonymous said...

Assalamualaium tuan
tumpang bertanya, area penang @ utara dekat mana boleh saya dapatkan body bus yang lama dan x pakai.
kami nk buat pusat kegiatan belia dan operasi KRT.
dah lama saya cari x jumpa..
tuan boleh email kat saya mohdrodzi.hasan@gmail.com
harap tuan dapat membantu. terima kasih.

Pae said...

wasallam...

area penang banyak tempat....biasanya di sekitar kepala batas...jawi or juru....juga di permatang pauh.....

nibong tebal dan sungai bakap juga ada port....

Unknown said...

Saudara Pae, bas2 ini boleh di beli tak?

Pae said...

saya x pasti la tuan Hairol....bole risik ke deponya di setapak tu

Unknown said...

Bas Len Seng dgn Bas Permata Kiara sama compony ke???

Anonymous said...

assalamualaikum,
nak tanya, saya cuba cari satu operator bus sekitar gombak-melawati, lebih dikenali dgn panggilan Bas Hijau...tahu tak nama syarikat operatornya...

Unknown said...

sedikit pembetulan info berkaitan konsortium yang disebut blogger seperti diatas..

Kumpulan Naeila tiada kaitan sama sekali dengan Transit Link. Dua syarikat yang berbeza. Transit Link adalah syarikat yang 80% operasinya bermula di bandaraya Johor Bahru. Syarikat ini dikendalikan dibawah South Johor Group dan antara syarikatnya ialah:
Transit Link (JB)
Transit Link (PW)
Zoom Link
Alec Bus
T Hakkim
Seri Merdu
Kiara Emas
Permata Kiara
Lintasan Esklusif
Ardent Link
Johor Motor
South Johor
dan yang lain yang mungkin saya tidak ketahui ataupun terlepas pandang.

Len Seng juga tiada kaitan dengan dua syarikat diatas.

Kebanyakkan laluan syarikat ini bersaing dengan Bas Maju syarikat milik kerajaan negeri disekitar Johor Bahru suatu masa dahulu.

Dan hari ini, selepas kejatuhan South Johor maka Handal Indah, Handal Ceria dan Causeway Link bertapak dengan bergaya untuk laluan bas henti-henti di bandaraya Johor Bahru. Untuk informasi kita bersama Causeway Link, Handal Indah, Handal Ceria dan Yinson adalah dibawah satu bumbung..

Post a Comment