Logo MBTE 2014

Logo MBTE 2014

Salam Perkenalan..........

Segala-galanya mengenai industri bas dan lori........

Perkongsian info-info....coretan...perkembangan industri bas secara umum......

Yang Sudi Singgah dan Suka Blog Ini......TERIMA KASIH.............Yang tak suka...... ADA AKU KESAH!!

|> pembeli tiket <|

TERKINI!!!!

TERKINI!!!!
Sebarang maklumat bole refer or klik ikon untuk ke link facebook

Tuesday, 5 April 2011

Syarikat Besar Pembuat Badan Bas Patuh Piawaian Antarabangsa

Syarikat-syarikat utama pembuat badan bas di negara ini sudah memenuhi piawaian antarabangsa yang ditetapkan mengikut garis panduan R66 ECE (Economic Commission of Europe) sejak 2004.

Pengarah Teknikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata ini adalah kerana syarikat ini telah mengikut spesifikasi yang termaktub dalam piawaian Australian Design Rule (ADR) yang diselitkan dalam R66 ECE semasa membina badan bas untuk pasaran eksport.

Peraturan R66 ECE merupakan peraturan teknikal antarabangsa bertujuan menyelaras peraturan-peraturan kenderaan yang meliputi sejumlah garis panduan termasuk kualiti pembinaan bumbung, bahagian bawah dan bampar bas.

Garis panduan itu yang menyentuh spesifikasi pembinaan struktur bumbung kenderaan perdagangan bagi membolehkan kekurangan "kenderaan bergolek" semasa berlaku kemalangan.

Bagi mendapatkan kelulusan, struktur super kenderaan harus mempunyai daya ketahanan yang secukup ketika bergolek semasa kemalangan dan stimulasi ujian hentakan perlu dilakukan sebelum reka bentuk itu diberi kelulusan untuk dibina.

Bagaimanapun, oleh kerana struktur kenderaan sebenar begitu mahal, maka kebanyakan syarikat menggunakan ujian stimulasi berdasarkan perkiraan berat, cesi dan komposisi bahan-bahan yang digunakan.

"Reka bentuk itu harus ditauliahkan oleh jurutera reka bentuk dan kemudian mengemukakan kepada JPJ untuk kelulusan. Sebaik sahaja diluluskan, syarikat boleh mula kerja-kerja membina badan bas di bawah seliaan jurutera," katanya.

Katanya JPJ telah menyampaikan peraturan ini kepada 48 syarikat pembuat badan bas melalui surat bertarikh 21 Ogos 2007 dan disusuli dengan mesyuarat bersama 55 wakil syarikat pembuat dan pengusaha bas.

Syarikat pembuat boleh mengatasi masalah ini dengan meminta pembekal cesi menyediakan reka bentuk bumbung supaya mereka dapat membina badan bas mengikut peraturan.

Katanya kebanyakan pembekal cesi -- Scania, Nissan, Volvo, Mercedes, MAN dan Mitsubishi telah memenuhi piawaian R66 ECE tetapi syarikat pembuat badan bas enggan menggunakannya kerana kos tinggi. Kebanyakan pembekal hanya berminat untuk menyediakan cesi kepada pembuat badan bas tanpa reka bentuk bumbung.

Memberi contoh negara Sepanyol, Zahamail berkata selepas piawaian R66 ECE diterima pakai, kadar kemalangan maut menurun secara ketara di negara itu.

Malaysia guna pakai piawaian R66 ECE selepas 23 penumpang terbunuh dalam kemalangan bas ekspres berhampiran Bukit Gantang, Taiping pada tahun 2007.

Usaha ini adalah sebahagian daripada langkah pencegahan terbaru Kementerian Pengangkutan bagi mengelak jumlah kematian tinggi dalam kejadian seperti itu.

Bagaimanapun, sebulan selepas kemalangan terburuk dalam sejarah negara itu dan pengumuman langkah oleh kementerian, syarikat pembuat badan bas mendakwa mereka masih menunggu garis panduan mengenai struktur baru bumbung bas.

Sebilangan daripada mereka mengadu bahawa perniagaan mereka teruk terjejas kerana mereka tidak boleh membina sebarang bas baru kerana tidak pasti dengan piawaian yang disyaratkan oleh kerajaan.

** Petikan asal dari BERNAMA (September 18, 2007)

Gambar sekadar ilustrasi.......bagaimana "rollover test" dilakukan......



sok sek -->> jika sebuah bas dihasilkan pada harga RM250,000 tetapi dengan menggunakan R66 ECE kos pembuatan boleh mencecah RM500,000 iaitu sekali ganda, sanggupkah pembeli membina bas dengan mengikut piawaian tersebut.....hehehehe tepuk dada tanya lah poket anda....

5 comments:

Pae said...

tq pada yang suka..........

pon said...

pae...terima kasih dgn info ni..

Pae said...

sama2 kita share........

Aku said...

assalamualaikum sedare sy nak tnye kat mane ye nak beli bas?terytame bas kecik rapid kl 2.

Pae said...

bole rujuk ke depo or pengurusan untuk bas 2nd tu

Post a Comment