Anniversari ke 13 MBTE

Anniversari ke 13 MBTE

Salam Perkenalan..........

Segala-galanya mengenai industri bas dan lori........

Perkongsian info-info....coretan...perkembangan industri bas secara umum......

Yang Sudi Singgah dan Suka Blog Ini......TERIMA KASIH.............Yang tak suka...... ADA AKU KESAH!!

|> pembeli tiket <|

|> adakah anda suka dengan blog ini? <|

salam kemerdekaan ke 59

salam kemerdekaan ke 59

TERKINI!!!!

TERKINI!!!!
Sebarang maklumat bole refer or klik ikon untuk ke link facebook

Thursday 7 April 2011

Sani Express Beri Sokongan Padu

SOKONGAN padu terus dihulurkan Sani Express Sdn Bhd (Sani Express) dalam menjayakan Karnival Futsal Harian Metro dibawa oleh AmBank buat tahun kelima berturut-turut.
Sani Express tampil sebagai bas rasmi karnival ini yang akan membawa seluruh ahli jawatankuasa penganjur ke setiap zon dipertandingkan bermula di Zon Utara (Pulau Pinang), Selatan (Johor Bahru), Timur (Kuantan) dan Tengah 2 (Melaka).


Ketua Pegawai Eksekutif, Mejar (B) Abu Bakar Mohammad berkata, penyertaan Sani Express sebahagian daripada usaha memberi sokongan kepada aktiviti sihat.

“Kami di Sani Express terus komited menjalinkan kerjasama ini dan saya sedang berusaha menubuhkan satu pasukan futsal untuk menyertai mana-mana pertandingan agar semua kakitangan dapat bergiat aktif dalam sukan.


“Bagi saya, sukan sebenarnya boleh diguna pakai dalam kehidupan harian dan saling berkait antara satu sama lain. Justeru, jalinan kerjasama ini secara tidak langsung dapat membantu menaikkan semangat warga kerja Sani untuk turun ke padang menyertai aktiviti sihat,” katanya.

Sementara itu, Abu Bakar turut memaklumkan penjenamaan Sani Express akan diperluas dengan mengembangkan sayap perjalanannya meliputi destinasi ke seluruh negara apabila bakal memperkenalkan laluan baru dari ibu negara ke selatan tanah air, malah hingga ke Singapura mulai Ogos ini. “Kami merancang pelaburan kira-kira RM20 juta untuk membeli bas baru dan membuka beberapa pusat jualan selain sudah menempah 13 unit bas baru yang kini dalam proses pembikinan. “Operasi ke Selatan membabitkan laluan Kuala Lumpur dan Melaka sehinggalah Singapura. Selain itu, kami akan memperkenalkan laluan ke Pulau Pinang dan membuka pejabat jualan di sana juga pada Ogos. Ketika ini Sani Express hanya menyediakan perkhidmatan ke Butterworth saja,” katanya.

2 comments:

Anonymous said...

boleh ke saya muhamad anwar bin mohamad pazil 017-4918543 menjadi kerani kaunter sani express ini harap Pulau Pinang boleh ramai penumpang naik bas 1kali naik mesti 1juta naik mesti tikcet murah ok coll saya sekarang ok pihak sani

Pae said...

hehehhe......cik anwar try kontek no yg dalam blog ni.........kat bahagian/tajuk Sani express-satu dimensi

Post a Comment