Salam Perkenalan..........

Segala-galanya mengenai industri bas dan lori........
Juga Diselitkan Artikel-Artikel Yang Menarik Yang Nak Dikongsi Bersama......


Yang Sudi Singgah dan Suka Blog Ini......TERIMA KASIH.............Yang tak suka...... ADA AKU KESAH!!

|> pembeli tiket <|

LATEST!! Anda kini boleh login terus ke Forum MBTE di dalam blog ini. Sila skrol ke bahagian Related Web Link (bawah sekali).

Anda dah Cuba??

Friday, 8 April 2011

Sani Express - Satu Dimensi


SEBAGAI syarikat pengangkutan awam tersohor, Sani Express Sdn Bhd bukan sekadar ingin nampak gagah kerana membariskan bas dua tingkat keluaran Scania dan terbaik di dunia, bahkan ingin menaikkan imej pengangkutan awam Malaysia.

Sehubungan itu, tidak salah jika Sani Express Sdn Bhd sentiasa mempertajamkan mutu perkhidmatan terhadap pelanggannya selari dengan usaha mempertingkatkan kemahiran di kalangan kakitangannya. Ini kerana dengan kemahiran kakitangan yang terlatih, Sani Express Sdn Bhd dapat merealisasikan usaha untuk membantu kerajaan menaikkan imej pengangkutan awam di Malaysia.



Begitulah usaha yang perlu digalas seluruh kakitangan Sani Express Sdn Bhd yang diketuai Mejar (B) Hj Abu Bakar Bin Mohammad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sani Express Sdn Bhd. SANI Express Sdn Bhd sebenarnya hanya memberi perkhidmatan bas dua tingkat dan kami ingin menjadi peneraju utama dalam memberi perkhidmatan ini yang berasaskan kepada keselamatan dan keselesaan penumpang. Itulah penekanan kami dari semasa ke semasa.


Untuk mencapai hasrat ini, syarikat sudah membina asas yang kukuh terhadap disiplin pekerja, mutu perkhidmatan yang tinggi dan mewujudkan satu rangkaian sokongan yang mantap lagi berkesan.

Sebagai contohnya, setiap bas dua tingkat Sani Express menggunakan tayar jenis Michelin XZE 2+ yang berprestij tinggi dan mampu memberi cengkaman yang lebih baik di lebuh raya.

Pihak kami tidak pernah menggunakan tayar celup atau tayar terpakai kerana kami tahu ia boleh mendatangkan bahaya kepada kenderaan dan juga penumpang. Pihak kami yakin apabila keselamatan terjamin sudah pasti penumpang akan berasa lebih selesa dengan perkhidmatan yang disediakan. Semua perkara tersebut adalah antara ciri-ciri keselamatan khas yang ada pada setiap bas dua tingkat Sani Express keluaran Scania. Malah, semua bas diselenggarakan oleh Scania(Malaysia) Sdn Bhd dan bas-bas dilengkapi dengan beberapa alatan tambahan untuk keselamatan kenderaan dan juga penumpang itu sendiri.

Peralatan yang dimaksudkan ialah seperti ‘speed limiter’ yang bertujuan untuk memastikan bas-bas dipandu pada kelajuan yang dibenarkan dan tidak boleh melebihi kelajuan yang telah ditetapkan.

Pihak kami juga memasang alat pengesanan (Global Positioning System) atau lebih dikenali GPS di semua bas-bas kami yang membolehkan pihak kami memantau setiap pergerakan bas. Kini, pihak kami sedang merangka sistem pengurusan kenderaan dan pengurusan pemandu secara dalam talian atau on-line di mana membolehkan pihak pengurusan memantau secara terperinci setiap butiran mengenai kenderaan dan juga pemandu agar langkah keselamatan dapat dipertingkatkan ke tahap yang maksimum demi menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang kami.

p/s: berita selanjutnya sila baca Read More.


APABILA Sani Express Sdn Bhd melupuskan semua bas setingkat dan menempah 25 bas dua tingkat, syarikat milik penuh Bumiputera itu mahukan kenderaan berteknologi yang mempunyai ciri-ciri kesela matan terbaik untuk penumpang.

Oleh itu, semua bas dua tingkat Scania milikS ani Express yang kerangka(chasis) diimport dari Sweden itu memiliki sistem pengenda lian berteknologi tinggi dan sistem pemberitahuan pema alahan berkomputer yang dikelaskan sebagai terbaik di dunia. Mekanik kanan Scania (Malaysia) Sdn Bhd, Mohammad Fauzi Zainoh, berkata bas dua tingkat Sani Express da ripada
jenis K 124 EB 6x2 yang unik dan antara produk pertama dibawa masuk Scania ke negara ini.

Katanya, enjin yang dipasang daripada jenis DC12 01 (Euro 3) iaitu bermakna bas dua tingkat milik Sani Express mempunyai 12,000cc dan mematuhi tahap penge luaran gas asap ekzos yang dipanggil Euro 3. Menurutnya, semua bas Sani Express unik kerana mempunyai sistem brek tamba han yang dipanggil Elektro nik Breaking System (EBS), selain Anti Breaking System (ABS), pedal brek kendalian pemandu dan ‘Retarder’.

“Retarder adalah sistem brek dipasang dalam kotak gear. Ia akan memperlahan kan bas secara lima peringkat dan melambatkan enjin. Ia bertindak selari dengan tindakan pemandu yang menekan pedal brek,” katanya.

Mohammad Fauzi berkata, EBS merangkumi semua sistem brek yang dipasang pada bas Scania yang akan bertindak antara satu sama lain untuk memastikan bas berhenti dengan selamat jika ada kecemasan. “Satu petanda yang boleh dilihat jika kenderaan berat dipasang EBS apabila ekzos mengeluarkan asap
berlebihan ketika pemandu membrek.

“Sehubungan itu, bas Scania yang dimiliki Sani Express atau mana-mana syarikat yang sama jenisnya dengan bas Sani Express dilengkapi brek angin, Retarder, pedal brek, ABS dan EBS,” katanya ketika ditemui di pejabat Scania di Bukit Jelutong, Shah Alam, semalam. Katanya, bas terbabit juga dipasang ‘Traction ControlSystem’ atau sistem mengawal cengkaman tayar dan ‘Anti-roll Bars’ agar kenderaan terbabit tidak terhoyong-hayang dan senget apabila melalui selekoh.

“Setiap tayar pula dipasang alat pengesan khas yang akan menghantar isyarat kepada sistem kenderaan, tayar manakah yang laju dan ia sendiri kemudian mengawal kelajuan itu dan mengimbangi bas,” katanya.

Fauzi menjelaskan, semua ‘kelakuan’ dan kelajuan setiap tayar bas terbabit pula dirakam ‘Speed Limiter’ yang kemudian bertindak menyimpan semua rekod had laju bas berkenaan. ‘Speed Limiter’ bukan alat pengesan GPS dan bukanlah kotak hitam. Ia dipasang Scania dan tidak boleh diubah. Speed Limiter membuatkan bas bergerak pada kelajuan ditetapkan walaupun pedal minyak ditekan bertujuan menambah kelajuan.

Selain itu, katanya, mengi kut rekod yang ada dalam simpanan Scania, semua bas dua tingkatS ani Express turut mematuhi tempoh penyelenggaraan dengan baik dan mengikut jadual.

--> Kaunter Sektor Utara

--> Kaunter Sektor Pantai Timur

--> Kaunter Sektor Tengah


Untuk Maklumat Lanjut/ Pertanyaan:

** Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih diatas info berkenaan dari pihak Sani Express

11 comments:

budak.bandung.laici said...

memang best betol naik sani express..
rasa cam naik airasia versi darat..
hehehe

Anonymous said...

aslamulaikum sani tambah bas 200 ok

Pae said...

waaaa taraf air asia ka......ok la aku naik aritu.......bas steady

anonymous>> nak tmbah 200 biji ke.....ayng tau info dlm 13 biji je

Anonymous said...

asia lagi cekai dr sani express...

Pae said...

ye ke ko ni..........ye la seat dia sempit..........ygt bes amoi dia je.....kekekeke....dlm flight lg bising dari dlm bas

Anonymous said...

BILA NAK TAMNAH BAS

Anonymous said...

BILA NAK TAMNAH BAS

imi said...

nak tanya...susah ke bawa bas yg transmisi automatik mcm Sani nie..?apa kelebihan..?

Pae said...

maaf saya bukan seorang pemandu....saya sekadar peminat dalam industri...anyway tq sudi surf blog ini

idiazdammahum said...

aku ni memang penumpang sani dah dua tahun dah...setiap 2 bulan sekali aku akan ke pantai timur dari kajang...memang tak menyesal langsung memilih perkhidmatan dia nih...eventho, u know sejarah hitam yg melibatkan sani ni, tapi sepanjang aku guna khidmat sani ni aku puas hati segala2 aspek...timing, speed, comfort, kaunter service, clientele sumer depa jaga...terbaik la sani.

ada jugak rasa nak try bas lain g pantai timur mcm Mutiara, Mahligai or Perdana tapi bila time nak beli tiket kompom aku g sani gak bwahahaha...jujur aku rasa ada class sket lar dgn sani nih.

Pae said...

cer try mutiara/perdana/mahligai plak.....penah try DD mutiara 2-3x gak....x menyesal memilih....sani tetap dlm kelasnya tersendiri

Post a Comment