Anniversari ke 13 MBTE

Anniversari ke 13 MBTE

Salam Perkenalan..........

Segala-galanya mengenai industri bas dan lori........

Perkongsian info-info....coretan...perkembangan industri bas secara umum......

Yang Sudi Singgah dan Suka Blog Ini......TERIMA KASIH.............Yang tak suka...... ADA AKU KESAH!!

|> pembeli tiket <|

|> adakah anda suka dengan blog ini? <|

salam kemerdekaan ke 59

salam kemerdekaan ke 59

TERKINI!!!!

TERKINI!!!!
Sebarang maklumat bole refer or klik ikon untuk ke link facebook

Friday 2 March 2018

Sesi 'Mengetest' Trip 09 - 10 Februari 2018 (Part 1)

Kali ini jom kita test trip bas baru Alya Xpress bersama rakan-rakan dari MBTE yang lain seramai 6 orang semuanya .... sementara bas masih baru jangan tak cuba.... Pada malam penulis dan rakan-rakan naik ini merupakan trip kedua ke Kelantan (Trip sulong bermula pada 07/02/2018 Banting-Kelantan)



Perjalanan : Shah Alam ke Kota Bharu
Masa : 9.00pm
Tambang : Booked
Seat: 1B - 3C - Seat double 3 row (6 seats)
Bas : Alya Xpress (VBC4211) 
Cesi : Scania K360
Coachbuilder : TMSBus



Macam biasa kalau hujung minggu pax memang ramai....



Lampu LED version baru ni sangat terang...

"Roasted Peanut" untuk santapan ringan sumbangan Alya Xpress dan juga air mineral kecil.... Agak baik servisnya bagi permulaan ini.....

Jika dilihat pada laluan trip Alya Xpress ini, tiada perkataan "Kota Bharu" iaitu laluan asalnya tidak masuk ke bas stand Tesco... Penulis difahamkan bahawa Alya Xpress tidak mempunyai laluan Kota Bharu buat masa ini... Cuma keperihatinan pihak syarikat memberi kemudahan kepada penumpang yang ke Kota Bharu agar dapat turun disini memandangkan hari masih gelap dan ada permintaan untuk turun di sini agak tinggi....



Lampu Tron.....

Macam biasa bas ke pantai timur mesti ada 3 spotlight....



Pada pengamatan penulis, trip malam ni bole dikatakan full pax... yang kosong dapat diperhatikan sekitar 2-3 seat sahaja.... Mungkin para pengguna masih belum sedia maklum akan kemunculan syarikat ini ketika itu memandangkan bas pun baru jalan bagi malam kedua (trip kedua) ke Kelantan....


Air mineral sedang diagihkan kepada penumpang....

Satu tarikan yang diutamakan oleh Alya Xpress adalah menyediakan selimut kepada penumpang al maklum lah ketika malam hari cuaca dan air-cond yang amat sejuk... Amat berguna kepada para penumpang yang membawa anak kecil mahupun warga emas yang menggunakan khidmat bas ini....


Not bad permulaan ni ada selimut disediakan....



Pada pendapat penulis dengan kapasiti penumpang (seat) sebanyak 30 buah, ruang kaki (leg rest) yang disediakan agak terbatas atau sempit sedikit.... Jika penumpang yang membawa beg galas meletakkan di ruang kaki maka ruang utk pergerakan kaki agak terhad... Tidak dinafikan kerusi model APM yang digunakan ini selesa dan agak lembut.... Jika penumpang depan menurunkan seatnya untuk tidur, maka bertambah sempit ruangnya....



Spacing antara seat dengan seat agak sempit.....

Naik malam ni agak bertuah keran diberi sumbangan vocer RM20 lagi.... Promosi berjalan hanya pada 07/02/18 hingga 12/02/18 sahajaaa....


Hentian rehat bagi Alya Xpress adalah di hentian rehat Perdana Merapoh....


Pancaran Matahari juga dah berhenti di sini... Masa mula jalan trip KL-KB hentian Gua Musang (Mutiara)

Bersedia utk berlepas semula sekitar jam 0230am..........


Kaler Oren memang terang walau di malam hari....

Semasa menyusuri Jalan Persekutuan dari exit Highway Bukit 7 menghala ke Kuala Krai, keadaan permukaan jalan dan muka bumi tidak sekata dan berlubang-lubang telah menyumbang kepada kondisi bas untuk jangka masa panjang... Faktor ini boleh menyumbang kepada kerosakan sistem suspensi/ tayar/ bushing dan lain-lain.. Penulis dapat merasakan ada gegaran pada lantai/ bahagian bawah bas ketika melalui jalan ini dan secara tak langsung ketidakselesaan itu dapat dirasakan... Penulis berfikir adakah keadaan bas ini dapat bertahan lama contohnya dalam masa setahun, bagaimanakah tahapnya... 

Penulis tidak berniat untuk membandingkan pembuat badan (coach builder) yang mebina structure bas ini, namun dapat dirasakan perbezaan antara pembina badan ini dengan kemantapan pembuat badan yang satu lagi.. ini pengakuan jujur penulis dan disokong oleh rakan-rakan MBTE yang lain...


Safely landed at KB @ Tesco... Difahamkan Alya Xpress tidak mempunyai trip ke KB atau dari KB.... Bas hanya drop off di hentian ini bagi kemudahan kpd penumpang....

terang ruang luggage nya....

Pilotnya berbaju hitam itu adalah ex pilot Cepat Ekspres.....



Pengangkutan rasmi sementara berada di Kota Bharu haha.... Tq AZ Liner

Pengalaman yang dapat diberikan :
Perjalanan : 2100 pm - 0545 am
Keadaan bas : 5/5
Kebersihan : 5/5 (bas baru kan)
Pemanduan : 4/5
Pengendalian : 4/5
Gegaran dalam bas :1.5/5 (1-tiada gegar ; 5-bergegar jiwa raga)
Faktor/ keadaan jalanraya : 3/5 (1-elok ; 5-jkr kena amik tindakan)
Secara purata pengalaman peribadi menaiki trip ini.....4/5

** Disebabkan kondisi bas yang masih baru (sekitar beberapa minggu keluar kilang) keadaaan bas dan kebersihannya amat terjaga.... Bas ini juga baru masuk trip kedua semasa penulis menaikinya... Pemanduan juga masih terkawal.. 
Faktor muka bumi dan keadaan jalanraya mempengaruhi pemanduan dan fizikal bas... Bermula daripada exit highway Bukit 7 sehingga ke Kuala Krai keadaan jalan masih tidak elok di sebahagian kawasan tertentu yang boleh menyumbangkan kepada sistem air suspension bas.... Anyway trip kali ini menghiburkan dan berpuas hati....


1 comment:

Unknown said...

Terbaik bang...amat berguna untuk peminat2 bas ekspres seperti sya...👍👍👍

Post a Comment