Anniversari ke 13 MBTE

Anniversari ke 13 MBTE

Salam Perkenalan..........

Segala-galanya mengenai industri bas dan lori........

Perkongsian info-info....coretan...perkembangan industri bas secara umum......

Yang Sudi Singgah dan Suka Blog Ini......TERIMA KASIH.............Yang tak suka...... ADA AKU KESAH!!

|> pembeli tiket <|

|> adakah anda suka dengan blog ini? <|

salam kemerdekaan ke 59

salam kemerdekaan ke 59

TERKINI!!!!

TERKINI!!!!
Sebarang maklumat bole refer or klik ikon untuk ke link facebook

Thursday 15 March 2018

Sesi 'Mengetest' Trip 09 - 10 Februari 2018 (Part 2)

Trip lipat ke Shah Alam pada mulanya nak melipat dengan Alya Xpress juga tapi memandangkan trip hanya pada waktu malam dan kami merasakan terlalu lama nak menunggu dan ada perkara yang nak disegerakan .... maka pilihan kami yang ada nak cuba perdan Ekspress untuk trip petang pulak



Perjalanan : Kota Bharu ke TBS (KB10)
Masa : 2.00pm
Tambang : Booked
Seat: Seat atas double 3 row (6 seats)
Bas : Perdana Ekspres (DCY2000) 
Cesi : Scania K410EB 6x2
Coachbuilder : SKS Bus


Pengangkutan rasmi di sana.....eh nak kata rasmi tak juga kebetulan bas kawan kita ni ada trip ke sana....maka dah smpai di Tesco jam 6am tadi terus datang ke homestay yang biasa disewa oleh AZ Liner...so naik AZ Liner punya bas lah hehehehe......

Puas kome tido, matahari dah terpacak baru bangun... Dek kerana terlalu mengantuk pasal berjaga mata nak merasakan bas Alya Xpres.... perut pun belom di isi.... Moh cari kedai...

Ex-Aeroline hoccay........




Menuju semula ke Tesco...dah banyak pembangunan di kawasan ini......Tapi setahu penulis kawasan ini adalah kawasan banjir kalu musim tengkujuh...dan kebiasaanya air naik pada paras yang tinggi....




Sebelum naik bas nak balik kena lah mencekik dulu...kebulur wooooo dari pagi tadi x hadap makan lagi.... Kita pekena nasi ala kak wok berdekatan dengan bas stand tesco...


Terima kasih boss AZ Liner sponsor makan yee.... ni yang depan sekali sebelah kanan lah tokey nye....

Perut tengah bapak kosong...pekena nasi kak wok yang panas2....pehhh paduuu nasi ni...sampai la ni duk teringat.... kena repeat lagi beb....


Dua orang tokey AZ Liner yang berjaya.... beg plastik hijau tu orang panggil dia karim hahahah

Seat dan karpet masih asal dari zaman Aeroline lagi....




Dah hampir jam 2pm jommm menuju semula ke Tesco... Trip petang ni bersama dengan fleet Y2... trip KB-Tbs-Putrajaya-Kajang....

Dapat diperhatikan bahawa trip petang ini mendapat sambutan juga.. Tiada trip di antara pagi dan malam yang kebiasaanya bagi bas yang jalan ke pantai Timur.. Bila dibuka trip jam 2pm maka penumpang masih ada pilihan nak ke Lembah Klang dan sekitarnya pada waktu pertengahan seperti ini...


 




Terdapat dua operator yang menyediakan trip jam 2pm ke Lembah Klang... Bas Perdana dan Mutiara.... dipahamkan bas KTB Transnasional pun ada tapi waktunya penulis tidak pasti mungkin sekitar jam 1.30pm kalau tak silap...

Trip jam 2pm ini dipecahkan kepada 2 hala...satu akan ke lembah Klang dan satu lagi ke Kuantan via Setiu/K.Terengganu...

DCV7000 (V7) akan ke Kuantan...




Macam biasa lah kalau peminat bas akan cari Seat Keramat ni...




Seat powered by Orient hehehe.... brand Orient masih menjadi pilihan pada bas Perdana Ekspres


Salah satu ejen tiket yang penulis perasan....


Dek bawah.... pilihan dan padanan warna fabrik yang cerah akan menampakkan ruang yang lebih luas....






Bagi trip 2pm ni macam biasa lah tidak banyak bas yang akan berhenti makan pada time ni....maka yang akan berselisih di sini hanya lah bas yang berlawanan trip sahaja..




Trip 2pm dari Kajang yang baru tiba...sekitar jam 6pm++


Hijau nak jalan tapi yang oren baru sampai.....


Alhamdulillah ke mana kita pergi pun tanggungjawab seorang muslim jangan diabaikan ye....Setibanya di sekitar kawasan Dong/Raub pada masa masuknya azan Maghrib maka marilah kita solat dahulu.... kebiasaannya abang pilot kita kata waktu sebegini di sini lah dia akan singgah untuk solat maghrib... lagi pun Musollah nya di tepi jalan sahaja dan ada kemudahan meletakkan bas....









Bentong sudah kita.....tak sampai sejam lagi nak tiba di KL



Pengalaman yang dapat diberikan :
Perjalanan : 2.00 pm - 10.30 pm
Keadaan bas : 4/5
Kebersihan : 4/5 )
Pemanduan : 4.5/5
Pengendalian : 4.5/5
Gegaran dalam bas : 1.5/5 (1-tiada gegar ; 5-bergegar jiwa raga)
Faktor/ keadaan jalanraya : 3/5 (1-elok ; 5-jkr kena amik tindakan)
Secara purata pengalaman peribadi menaiki trip ini.....4.25/5

** Pada hemat penulis yang jujur, penulis merasakan menaiki bas Perdana Ekspres ini lebih selesa berbanding trip semalam bersama Alya Xpres..Keselesaan berdasarkan kepada pemanduan dan kendalian bas dan yang paling ketara adalah pada pembinaan dan kemantapan badan bas antara kedua-duanya....

Memang tidak adil lah kalau di bandingkan antara Single Deck vs Double Deck tetapi pada pendapat penulis, penggunaan bas dua tingkat ini lebih sesuai dan relevan dari segi kekukuhan badan dan binaannya yang lebih stabil bagi trip jauh seperti ini dan melalui jalan-jalan persekutuan atau jalan kampung yang rosak... center of graviti pada bas double deck juga tinggi namun jika pemandu pandai mengawal dan mengendali kenderaanya dengan baik maka ia tidak akan terhoyong hayang sepertimana kecaman netizen berkata bas double deck tidak stabil dan selamat untuk digunakan...

Apa pun kecaman orang, namun penulis lebih suka memilih bas Double Deck jika hendak ke Pantai Timur... Feel it!!!

1 comment:

Anonymous said...

Cuma nk cakap, saya la drebar AZ Liner yg partner dengan Wak Elyas masa tu. hehe

Post a Comment