Anniversari ke 13 MBTE

Anniversari ke 13 MBTE

Salam Perkenalan..........

Segala-galanya mengenai industri bas dan lori........

Perkongsian info-info....coretan...perkembangan industri bas secara umum......

Yang Sudi Singgah dan Suka Blog Ini......TERIMA KASIH.............Yang tak suka...... ADA AKU KESAH!!

|> pembeli tiket <|

|> adakah anda suka dengan blog ini? <|

salam kemerdekaan ke 59

salam kemerdekaan ke 59

TERKINI!!!!

TERKINI!!!!
Sebarang maklumat bole refer or klik ikon untuk ke link facebook

Wednesday 2 August 2017

Sesi 'Mengetest' Trip 29 - 30 Julai 2017 (Part 1)


Kali jom kita test trip Pancaran Matahari (PMMSB) maklum lah bas baru dan trip baru.... sementara masih baru jangan tak cuba....


Perjalanan : TBS ke Kota Bharu(Trip KLG-KB01)
Masa : 9.30pm
Tambang : RM47.00 (termasuk online servis cas RM2)
Seat: 1B & 1C - Depan sekali Dek atas (seat keramat)
Bas : Pancaran Matahari (M) Sdn Bhd (BPF 8888) 
Cesi : Scania K410EB6x2
Coachbuilder : SKSBus





sementara menunggu bas sampai.....


 Macam biasa kalau hujung minggu pax memang ramai....


haha bas sampai on time.....ada gak bas yang delayed malam ni...
Malam ni trip bagi bas kaler pepel... Bas baru bersemangat pilot jaga kondisi bas... Dinding berkilat... tayar diwax....


Terang menderang luggage.... bas DD yang dikeluarkan selepas beberapa versi yang lama yang pencahayaan dalam luggage agak kelam sikit...

Pilot malam ni abe saiful @ jebon dan patner nye lupa plak penulis pada namanya.... patner jebon dulu ex pilot SP Bumi...
Kedua-dua pilot malam ni penah memandu bas beberapa syarikat lain sebelum menyertai PMMSB... Si saiful ni rasanya macam penah tengok dan penah naik bas yang dipandunya semasa melayan trip beberapa tahun dahulu... Bila bersembang beberapa ketika rupanya dulu adalah ex-pilot ONE Express hahaha betull lah tu... gelaran jebon tu penah kedengaran di kalangan pemandu bas...


Seat keramat tatap menjadi pojaaan hatikuuuu......



Malam ni pax tak berapa meriah yang menaiki PMMSB... jumlah nya hanya 12 pax sahaja... destinasi turun adalah Kuala Krai, Macang, Tanah Merah dan Tesco KB... trip Rantau Panjang malam ni tiada pax... So bas akan direk ke tesco KB sahaja... Biasanya bas akan hanter ke R.P dahulu baru ke tesco KB...




 Dek atas hanya 7 pax dan dek bawah 5 pax..... Ramai pulak malam ni pax warga Indon... agaknya ke KL nak renew paspot or dokumentasi yang berkenaan....


Gate 8 Platform B1....



Testing 1,2,3.... Test USB chager .... berfungsi dengan baik...dan kadar pengecasan juga laju... power batteri mau simpan nak snap pic nanti hahaha


2 minutes to gooooo.....







Abang pilot bagi masa 10 minit pada pax yang nak buang air dan beli makanan ringan di Hentian Sebelah Tol Gombak.... Next destinasi nak makan which is Hentian/ RnR Gua Muse..... lebih kurang 3 jam untuk ditempuhi....


Panjat Hiway Karak ada beberapa bas yang berselisih...







Menghampiri jam 0130am bas pun tiba di RnR Gua Musang... Headlamp PMMSB ni kelihatan agak putih... Jenis mentol yang digunakan berbeza dengan keluaran DD yang sebelum ini yang mana warna nya lebih kekuningan... Pandangan kenderaan bertentangan agak menyilaukan....



Sebelum benti makan kena topup diesel dahulu... bila topup diesel abam pilot akan dapat kupon makan yang disediakan pihak RnR G.M yang diserahkan semasa mengisi minyak Petron.... management RnR ada cara mereka tersendiri...

Kelihatan juga berduyun-duyun bas (penulis tak snap suma pic yeeee) mula memasuki RnR semasa peak hours ini antara 0030am ke 0130am....






Macam biasa la di RnR G.M ni, bas Dable Deck mendominasi tempat parkir yang disediakan.... Maklum lah trend Dable Deck di Pantai Timur ini sangat hebat.... Jadi nak tak nak operator masing-masing perlu bersaing untuk lebih ke depan...






PMMSB trip berlawanan dan keluar dulu....

Semoga selamat sampai ke TBS dan Klang....
Waktu rehat pun dah menjangkau ke jam 0230am... yang tinggal hanya beberapa buah sahaja yang akan menuju ke Kota Bharu (PMMSB/ E-Mutiara dan Queen Express QKL4)/ Rantau Panjang (Queen Express - QKL2) dan Kuala Besut (Queen express - QKL3).....








Alhamdulillah safely landed at Tesco KB jam 0557am.... abang pilot parkir bas disini sahaja kerana di Terminal Rantau Panjang tidak mencukupi tempat untuk bas... So abam pilot pon sambung tido....

Sekitar jam 0700am kelihatan banyak bas yang tiba khususnya trip dari selatan (terutamanya Larkin (Adik Beradik/KTB/KKKL/Cepat dan beberapa lain)/ Pasir Gudang (E-Mutiara/Perdana)/ Pontian (Cepat ekspres) antara paling lewat smpai iaitu hampir 0930am... Juga sebuah bas Utama Ekspres dari Mersing sekitar 0800am++....


PMMSB hijau akan ke utara pagi ini... SP Bumi ke Kuala Terengganu... Hujung sana Darul Naim akan ke KL...


Pengalaman yang dapat diberikan :
Perjalanan : 2130 pm - 0557 am
Keadaan bas : 5/5
Kebersihan : 5/5 (bas baru kan)
Pemanduan : 4/5
Pengendalian : 4/5
Gegaran dalam bas :1/5 (1-tiada gegar ; 5-bergegar jiwa raga)
Faktor/ keadaan jalanraya : 3.5/5 (1-elok ; 5-jkr kena amik tindakan)
Secara purata pengalaman peribadi menaiki trip ini.....4.75/5

** Disebabkan kondisi bas yang masih baru (sekitar 2bulan keluar kilang) keadaaan bas dan kebersihannya amat terjaga... Pemanduan juga masih terkawal.. Faktor muka bumi dan keadaan jalanraya mempengaruhi pemanduan dan fizikal bas... Sekitar kawasan merapoh (selepas hiway bukit 7) keadaan jalan agak teruk dan berlubang dan boleh menyumbang kepada kerosakan sistem suspensi bas.... Anyway trip kali ini menghiburkan dan berpuas hati....

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum bang..boleh abg sertakan company yg membuat badan bas...setakat yg sya tahu...sksbus, pioneer, tmsbus itu sahaja yg sya tahu...company2 lain pulak bang..

Post a Comment