Anniversari ke 12 MBTE

Anniversari ke 12 MBTE

Salam Perkenalan..........

Segala-galanya mengenai industri bas dan lori........

Perkongsian info-info....coretan...perkembangan industri bas secara umum......

Yang Sudi Singgah dan Suka Blog Ini......TERIMA KASIH.............Yang tak suka...... ADA AKU KESAH!!

|> pembeli tiket <|

|> adakah anda suka dengan blog ini? <|

salam kemerdekaan ke 59

salam kemerdekaan ke 59

TERKINI!!!!

TERKINI!!!!
Sebarang maklumat bole refer or klik ikon untuk ke link facebook

Tuesday, 18 September 2012

Bas Lama Akan Dijadikan Restoran dan Chalet


 Bas-bas teng2 di Melaka menerima nasib begini setelah bas Panorama Melaka memulakan operasi sekitar Melaka... Apakah nasib bas-bas ini?? ada kedengaran pihak nak menjadikan bas-bas ini sebagai restoran dan chalet tak lama lagi....... Tapi adakah berbaloi??



Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pengubahsuaian itu adalah bagi mengembalikan nostalgia perkhidmatan bas di negeri itu kepada orang ramai dan pelancong asing.
 
Kira-kira 40 buah bas lama yang pernah diguna pakai di negeri ini akan dikitar semula dan diubahsuai menjadi restoran dan calet tidak lama lagi.





"Restoran-restoran ini kelak akan disewakan kepada peniaga-peniaga yang kini berniaga menggunakan khemah di sepanjang pantai itu.

"Mereka akan berniaga menggunakan bas yang akan diubahsuai dan dicat semula dengan mengekalkan nama-nama asal bas itu bagi mengekalkan nostalgia perkhidmatan bas di negeri ini," katanya.



Kesemua bas tersebut pernah digunakan dalam perkhidmatan bas henti-henti di negeri ini sebelum di ambil alih oleh perkhidmatan pengurusan bas baru, PM Cultural & Tourism Sdn. Bhd., (PMCT) yang mengendalikan bas Panorama sejak Februari lalu.



Antara nama-nama bas yang akan dikekalkan termasuklah Town Bus Service, Malacca Omnibus Service, Bas Tai Lye, Patt Hup Transport, Bas Tuah, Batang Bus, Salira Transport & Tours, Roda Juara dan Bas Wira.

** Petikan sumber Utusan Malaysia

4 comments:

Anonymous said...

BAnyak lagi bas aircond bentuk terkini yang boleh digunakan lagi oleh panorama kenapa tak digunakan? sebaliknya dibiarkan tersadai di sini... rugi dan membazir jerk.

Pae said...

wallahualam percaturan mereka bagaimana

Fitness Monkey said...

dah lama saya cari bas lama ini. adakah tempat2 tertentu yang diapa singah bas2 tu? saya nak beli dan convert jadi RV

Anonymous said...

memori bas batang yang paling nakal, tayar pecah..
macam tganu jgak.. bas henti2 lenyap hanya tinggal sp bumi sahaja.. antaranya.. intan unggul, s.k.b.t, wan mohammad, himda, tong aik dan 1 name yang gah dahulu chendana.. mungkin disebabkan bas cas ligas.

Post a Comment