Anniversari ke 13 MBTE

Anniversari ke 13 MBTE

Salam Perkenalan..........

Segala-galanya mengenai industri bas dan lori........

Perkongsian info-info....coretan...perkembangan industri bas secara umum......

Yang Sudi Singgah dan Suka Blog Ini......TERIMA KASIH.............Yang tak suka...... ADA AKU KESAH!!

|> pembeli tiket <|

|> adakah anda suka dengan blog ini? <|

salam kemerdekaan ke 59

salam kemerdekaan ke 59

TERKINI!!!!

TERKINI!!!!
Sebarang maklumat bole refer or klik ikon untuk ke link facebook

Wednesday 6 June 2018

Sesi 'Mengetest' Trip MARA LINER 15 & 19 Februari 2018 (Part 2)

Ketika berada di kampung sempat lah juga menjenguk kawasan sekeliling sehingga ke Sungai Rengit dan Pengerang.. Pembangunannya sangat pesat tidak terjangka aku dulu sebegini rupa..




Daripada Jalan persekutuan biasa satu lorong sekarang sudah dinaiktaraf ke dua lorong ibarat highway... Ada bahagian tertentu kondisi jalannya masih tidak cantik......



Berapa lah nilai hartanah disini lepas wujudnya RAPID Pengerang


Sekitar pekan Sungai Rengit yang dahulunya ibarat pekan koboi... Sekarang sudah berubah dengan kesesakan bas-bas yang mengangkut pekerja RAPID pengerang dari pekan ke kawasan penempatan mereka..






Sudah tiba hari untuk pulang semula ke KL... Macam biasa lah tiada bas yang beroperasi direct dari Bandar Penawar ke TBS kecuali Mara Liner...

Perjalanan : Bandar Penawar ke TBS
Masa : 8.00am (19/02/18)
Tambang : RM39.90 +(online cas RM2)
Seat: Seat atas double 2 row (seat keramat)
Bas : Mara Liner (RR3251) 
Cesi : MAN 24.460
Coachbuilder : RTG Intech

Inilah dia Terminal Bas Bandar Penawar... Kelihatan sekarang ini bas-bas sudah banyak dikawasan ini yang beroperasi ke RAPID Pengerang... Difahamkan bas mula operasi seawal 7am untuk mengambil pekerja dari kawasan Bandar Penawar dan sekitarnya ke Sungai Rengit dan Pengerang..



 Pagi ini ramai penumpang yang nak ke Kuala Lumpur..

Muafakat Johor...



Peta kawasan daerah Kota Tinggi yang terdapat di terminal ini..

Bas Kolej INSTEDT yang mengangkut pelajar sekitar kawasan hostel Bandar Penawar ke Kolej mereka.. Kolej mereka memang betul-betul berhadapan dengan terminal bas ini... Yang nampak bumbung itulah Kolej INSTEDT

Bas pun sudah tiba.... Actually bas merah ni pernah terbalik di kawasan Jalan Ulu Tiram ke Kota Tinggi pada tahun lepas.. Bas mengiring sebelah kanan.... Selepas direfurbish dan di cuba pada laluan dekat sekitar TB-Alor Gajah/ Masjid Tanah sebelum diperiksa semula mana-mana bahagian yang mengalami kerosakan atau gegaran baru lah dilepaskan semula ke trip tetap nya TBS-B.Penawar...

Mengikut perbualan bersama pemandu bas ini, sesi ujian telah dijalankan selama hampir 3 bulan bagi memastikan tiada masalah pada kerangka mahupun lain-lain bahagian. Bahagian dinding sebelah kanan (pemandu) telah ditukar semula sepenuhnya sehingga ke dinding pintu kecemasan.














Panorama ketika dalam perjalanan dari Bandar Penawar menuju ke Kota Tinggi... Sampai di Pasak isi minyak dulu di Petron (ada video)....













Dari Kota Tinggi bas melalui jalan persekutuan Kota Tinggi - Kulai... Ingatkan ada pickup pax kat terminal bas Kulai tapi hampa berlalu sahaja....






kali ni kita tengok je dari jauh..

Berselisih dengan sang sahabat di area Pagoh... Sang biru ni dari TBS jam 9.00am menghala ke Bandar Penawar... Dari Penawar akan lipat jam 4.00pm ke TBS

Berhenti rehat di RnR Pagoh lebih kurang jam 12.15pm untuk luncheonn...





Kalau dibandingkan berat maraliner ni dgn jiran sebelah dia lebih kurang ringan 1 tan ...

Hang mau tau laaaa... Mahaizah base di Penang

Lupa nak kabo.... USB Cager ada di bahagian tengah untuk seat double

Selamat sampai ke Tol Sg Besi sekitar jam 2.40pm





Safely landed at TBS jam 3.00pm... Alhamdulillah




Pengalaman yang dapat diberikan :

Perjalanan : 8.00 am - 3.00 pm
Keadaan bas : 4.5/5
Kebersihan : 4.5/5 )
Pemanduan : 4.5/5
Pengendalian : 4.5/5
Gegaran dalam bas : 1.5/5 (1-tiada gegar ; 5-bergegar jiwa raga)
Faktor/ keadaan jalanraya : 3/5 (1-elok ; 5-jkr kena amik tindakan)
Secara purata pengalaman peribadi menaiki trip ini.....4.5/5


Ulasan:
Pada hemat penulis yang jujur, penulis merasakan menaiki bas Mara Liner berbody kan RTG INTECH ini memuaskan dengan pemanduan pilot yang baik, keadaan dan kebersihan bas yang baik... Boleh dikatakan agak berpuas hati dgn pembinaan body ini. Cuma dari segi finishing dan kualiti material yang digunakan oleh RTG tidak secantik dan sebaik kualiti yang digunakan oleh SKS BUS!!!. Agak terganggu sedikit dengan bunyi bracket pengikat TV tambahan pula di mana ruang depan dek atas bila ada tv besar yang statik yang menghadkan pemandangan depan bila ditambahkan lagi Mara Liner memasang papan perjalanan elektronik....

2 comments:

Diyanah Jjaen said...

seat keberapa ysng tak atas tayar eh kat tingkat atas?

Diyanah Jjaen said...

seat row berapa yang tak atas tayar eh untuk tingkat atas? row 1? row 2? row 3? atau hujung2?

Post a Comment