Anniversari ke 13 MBTE

Anniversari ke 13 MBTE

Salam Perkenalan..........

Segala-galanya mengenai industri bas dan lori........

Perkongsian info-info....coretan...perkembangan industri bas secara umum......

Yang Sudi Singgah dan Suka Blog Ini......TERIMA KASIH.............Yang tak suka...... ADA AKU KESAH!!

|> pembeli tiket <|

|> adakah anda suka dengan blog ini? <|

salam kemerdekaan ke 59

salam kemerdekaan ke 59

TERKINI!!!!

TERKINI!!!!
Sebarang maklumat bole refer or klik ikon untuk ke link facebook

Wednesday 8 October 2014

RapidPenang Pasang CCTV Dalam Bas

Georgetown: Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan meningkatkan tahap keselamatan termasuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) pada semua bas RapidPenang bagi mengelakkan kejadian seorang pemandu bas ditikam penumpang wanita daripada berulang.

Pengarah Kumpulan Divisyen Bas Kumpulan Prasarana merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd Zulkifli Mohd Yusoff berkata, pemasangan sistem pemantauan itu dan ciri keselamatan lain dijangka selesai sepenuhnya selewat-lewatnya awal tahun depan.

Beliau berkata, insiden menimpa Aisyamudin Yaacob, 27, adalah kes pertama dilaporkan sejak perkhidmatan bas berkenaan memulakan operasi di negeri ini 10 tahun lalu.
“Kami akan bekerjasama dengan Kesatuan Sekerja Rapid Bus Sdn Bhd untuk mengkaji langkah bagi mempertingkatkan keselamatan pemandu bas.

“Walaupun kejadian dianggap sebagai kes terpencil namun kami memandang serius mengenai perkara ini,” katanya selepas melawat Aisyamudin di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Presiden Eksekutif Kumpulan Komunikasi dan Bahagian Strategik Prasarana Malaysia Berhad Lim Jin Aun serta Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Penang Mejar (B) Mohd Shukri Abdul Rahman.
Zulkifli berkata, pihak Prasarana akan memberikan bantuan dan menjaga kebajikan keluarga Aisyamudin, selain memastikan mangsa mendapat rawatan berterusan untuk pulih dari kecederaan dialaminya.


Bawa pisau naik bas nombor sama

Georgetown: Wanita kurang siuman yang menikam pemandu bas Rapid Penang, semalam ditahan ketika dia sedang menaiki bas bernombor sama di Jalan Paya Terubong, di sini, hari ini.
Pekebun sayur berusia 48 tahun itu ditahan oleh pemandu bas yang mengenali wanita terbabit kerana dia dikatakan hampir setiap hari menaiki bas Rapid Penang bernombor 502 laluan dari Jeti ke Balik Pulau untuk ke pasar. 
elepas menahan wanita terbabit, pemandu bas itu menyerahkan suspek kepada polis dan hasil pemeriksaan ke atas beg wanita itu polis menemui sebilah pisau disyaki senjata kes serangan semalam. 

Difahamkan, setiap hari wanita itu akan menaiki bas untuk ke pasar berhampiran bagi menjual hasil tanamannya secara kecil-kecilan kepada peniaga di pasar berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis mendapatkan perintah tahanan reman selama empat hari ke atas wanita terbabit bagi siasatan kes serangan berkenaan.

Katanya, polis percaya dapat menyelesaikan kes itu berikutan senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan sudah ditemui. 

"Pisau itu ditemui dalam beg yang dibawanya dan suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata," katanya. 

Semalam, pemandu bas Rapid Penang Aisyamudin Yaacob, 27, tidak sedarkan diri apabila dia ditikam di paha kanan oleh wanita berkenaan yang dikatakan tidak berpuas hati kerana mangsa tidak memberhentikan bas di depan rumahnya berikutan hentian bas terletak di kawasan berdekatan. 

Tikaman itu terkena urat saraf utamanya membuatkan mangsa mengalami pendarahan teruk
Petikan : MyMetro

No comments:

Post a Comment