Wednesday 16 March 2011

Salah Siapa? Pi mai Pi Mai Tang Tu

Bila berlaku kemalangan membabitkan bas, pemandu disalahkan. Persoalannya sekarang, wajarkah sesebuah syarikat bas itu digantung permit @ ditarik permit kerana kesalahan ini?

Setiap kali berlaku kes sedemikian, akan timbul kenyataan mengenai syarikat pengangkutan atau pemandu mempunyai saman atau waran tangkap sedangkan agensi penguatkuasa sepatutnya sudah mengambil tindakan awal yang boleh mencegah tragedi seperti itu.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Ashfar Ali, berkata pengusaha atau syarikat bas ekspres sentiasa memeriksa rekod dan latar belakang individu sebelum mengambil bekerja tetapi masalah dihadapi ialah rekod itu tidak dikemaskini.



Beberapa kajian yg dibuat di Eropah mengatakan di Asia Tenggara, walaupun drebar sudah mengambil rehat yg secukupnya, apabila datang rasa mengantuk, memang tidak boleh dielakkan. Cth, Drebar kedua dah cukup rehat/tidur, tapi bila tiba giliran dia bawak, pulak tu ngam2 time waktu tengahari dalam pukul 1ptg-3ptg, sifat semulajadi manusia memang normal utk tidur/mengantuk time ni....apatah lagi mengadap cahaya matahari...kena pulak lagi baru lepas makan nasi dengan lauk bertimbun.........perghhhhh.

Jadi, bila menghadapi sindrom kritikal "jam 1ptg-3ptg" ni, sama sama la kita berwaspada, begitu juga waktu kritikal lain "jam 5ptg-7ptg" dan "11mlm-2pagi". Kepada penumpang yg "ghalit"tido pada waktu ni kita abaikan. Tapi bagi penumpang yg tak tido, harus la memerhati cara pemanduan drebar tadi. Apabila nampak bas dah mula terhoyong hayang, cepat2 ke depan kejutkan atau ingatkan pemandu agar berhenti di lorong kecemasan atau hentian sebelah paling dekat. Penumpang harus membuang sikap segan atau malu kerana ini akan mengundang kemalangan yg mungkin meragut nyawa penumpang atau pemandu itu sendiri. Perkara ini bukan hanya berlaku pada pemandu bas sahaja, pemandu kereta/lori/keretapi even motosikal pun boleh mengantuk ketika sindrom "kritikal" ni.

** sekadar berkongsi

-------------------------------------------------------------------------------

3 comments:

  1. kalau cepat sampai destinasi ...` waaa, ini driver byk bagus, cepat sampai '
    bila berlaku kecelakaan, ` ini driver tadak bagus, pandu laju,macam mana ini kampeni ambil ini driver, saya pun tatau la ' ....

    rona --- pemandu bas

    ReplyDelete
  2. besa la tu abg rona..........adat pemandu.......jadi mentimun......menggelek kena digelek pon kena......

    ReplyDelete