Friday 11 March 2011

Sejarah Penubuhan SUTERA EKSPRES/ SUTERA LINER

Orang kuat yang menerajuinya adalah Allahyarham Tuan Haji Abdul Rahim dan Encik Tajudin Daud dengan menggunakan permit asal iaitu Tembah Sdn Bhd. Ada pendapat mengatakan mereka juga menggunakan 2 lagi permit asal atas nama Warisan Ekspres-laluan Timur dan Cinta Baru (CB) Ekpres-laluan utara. Setelah digabungkan ketiga-tiga permit ini maka menjadi Sutera Liner (jika tidak salah info).
Memulakan operasi dengan beberapa buah bas buatan Transcoach Hino RM2K dan kemudian disusuli dengan keluaran Scania K113. Dengan berkembangnya operasi mereka menambah fleet kepada jenis Volvo B10M dan terus meningkatkan jumlah milikan bas kepada Volvo B7R dan Scania L94 buatan Gemilang Coachbuilder. Laluan lebih ditumpukan ke utara (Kedah & Perlis) dan timur (Pahang, Terengganu & Kelantan). Laluan makin dikembangkan sehingga ke Selatan. Kini jumlah bas yang dimiliki oleh Sutera telah dikurangkan (faktor pengurusan) setelah owner iaitu Tn Haji Abdul Rahim telah kembali ke rahmatullah. Tugas pengurusan telah diambil alih anak Allahyarham sehingga kini.

**info & petikan sumber


-------------------------------------------------------------------------------

25 comments:

  1. sesiapa ada info lagi bole beri komen.........tq

    ReplyDelete
  2. Haa... Dah ada perubahan nih.

    Moga2 terus Sukses.

    All The best !

    ReplyDelete
  3. bole la .............masih mencuba.......

    ReplyDelete
  4. nak tanye ni..
    bas ape. yg bagus ke kl???

    ReplyDelete
  5. bas seat 2+1 sepah2 ke KL

    ReplyDelete
  6. salam...sy merupakan bekas pemandu sutera 1 masa dulu. byk tahun jgk keje dgn sutera. dgn sutera jgklah saya dpt merasa enjin hebat2 spt hino rm,volvo,denis,man,scania. wkb3099,wkb3299,wkb2499,wkf6699,wkw4299,wfg6099,wkg1599 dan byk lg yg pernah sy bwk. dlm sutera ada 2 team iaitu team utara dan pantai timur. team utara bg laluan kgr-as-kl-kjg-seremban-kluang-mersing. manakala team pantai timur laluan kuantan-k.teganu-k.baru. byk pengalan dlm sutera. suka duka semua ada. sekrg sedih plak bila tgk keadaan company sutera nih. apapun t.kasih kpd pengurusan sutera utk segala pengalaman bharga sewaktu btugas d situ. harapan semoga sutera kembali gah di dlm industri bas kita ini.

    ReplyDelete
  7. tima kasih........kita harap begitulah........sejak ketiadaan arwah haji, agak sedikit merosot perkhidmatan mereka ini....tapi harap legasi arwah dapat teruskan walaupon saki baki bas yang tinggal tidak banyak.......ada juga yang dah dicat baru dgn sedikit perubahan livery........moga berterusan dan jangan dilenyapkan peninggalan arwah ini

    ReplyDelete
  8. patut la sutera jd mcm ni rupanya pengasasnya telah tiada

    ReplyDelete
  9. pengasas dah meninggal dunia.....cuma waris je yg masih bertahan.........tapi x pasti sejauh mana bole bertahan.......

    ReplyDelete
  10. adakah pewaris yang menerajui sutera skrg akan kembali bersaing bersama compony yg gah skrg?

    ReplyDelete
  11. itu aku x pasti........tapi ada ura2 dengar org persendirian nak beli sutera liner.......kita tunggu dan lihat kesahihan dia

    ReplyDelete
  12. masa sy mula2 keja kat k.l dulu selalu gak naik sutera blk kgr...last mnt masa nak beli tiket kena compare la nak sutera @ppmp...masa tu dua2 champion maaaa...

    ReplyDelete
  13. hehehhe......libery pun seakan2 sama bagi ppmp head boava euroclass tu.....pepel dgn biru.......mcm ada persamaan pun ada juga....jeng3

    ReplyDelete
  14. memanglah company sutera x sehebat dulu..sbb anak dye tolong skali..lps arwah meninggal, anak dye teraju sorang2..

    ReplyDelete
  15. anyway teruskan usaha wahai anak arwah.........warisan yg hebat satu masa dulu

    ReplyDelete
  16. tajudin dah buat bas malay-thai ekpress skarang

    ReplyDelete
  17. Klau boleh tunjukkn la bas2 yg mgunakan enjin volvo b10m,dennis javelin

    ReplyDelete
  18. fuhhh jenuh mencari beb......

    ReplyDelete
  19. owner sutera lah penggerak kegemilangan PPMP Ekspres @ PPMP Liner pada masa tu..sayang syarikat bumiputera jadi camtu..sebab tu bas sutera kaler purple sebab kalau nak di ikutkan PPMP dah tempah bas tu tapi syarikat PPMP da nazak xleh nak bayar..maka owner sutera ambil bas2 tu buat Ekpres Sutera..kalau perasan bas terbaru PPMP adalah kaler purple enjin SCANIA

    ReplyDelete
  20. trima kaseh diatas info berkenaan...cerita ini mcm penah dengar je hehehe

    ReplyDelete
  21. al-fatihah utk arwah ayah....pemergian yg Sgt mengejut...

    ReplyDelete
  22. moga kemunculan normah sutera.....kembali meletakkan sutera

    ReplyDelete
  23. Harini ekspress sutera masih ada ke...legend btul bas ni

    ReplyDelete