Anniversari ke 13 MBTE

Anniversari ke 13 MBTE

Salam Perkenalan..........

Segala-galanya mengenai industri bas dan lori........

Perkongsian info-info....coretan...perkembangan industri bas secara umum......

Yang Sudi Singgah dan Suka Blog Ini......TERIMA KASIH.............Yang tak suka...... ADA AKU KESAH!!

|> pembeli tiket <|

|> adakah anda suka dengan blog ini? <|

salam kemerdekaan ke 59

salam kemerdekaan ke 59

TERKINI!!!!

TERKINI!!!!
Sebarang maklumat bole refer or klik ikon untuk ke link facebook

Tuesday 31 May 2011

Menyingkap Lembaran Kenangan Restu Eskpres

Sedutan dari filem lama.......... aku kongsikan kat sini........ bagi otai2 yang penah pegang stereng sezaman dan sebaya dgn nih, akan terimbau semula........ enjoy!!
























Read more --> Menyingkap Lembaran Kenangan Restu Eskpres

Monday 30 May 2011

The Power of The Pom-Pom

Sporting drebar ni.... main kejar-kejar dengan aku.... aku pon suka kejar dia pulak..... nak dengar di punya "dudududududud"....... wooooo memang bes.....







Read more --> The Power of The Pom-Pom

Wednesday 25 May 2011

Body Favourite Terbaekkk

Memang terbaekkk...........body peberet aku masih mantop, cantik, berseri, terpelihara, kemas......... pendek kata i like very much....... dan cesi yang dh xdak versi baru kat Malaysia ni (setakat yang aku tau la)........








Read more --> Body Favourite Terbaekkk

Monday 23 May 2011

Lama Tapi Masih Dihargai

Kondisi masih elok lagi walau dah berapa kali tukar tangan tak tahu lah........barang lama kalu dipelihara sebaiknya masih elok lagi..........kan






Read more --> Lama Tapi Masih Dihargai

Friday 20 May 2011

Selayang Pandang Dari Meja Pemilik Mutiara Eskpres



| Kecekalan Seorang Usahawan |

Melihat karismanya mengemudi sebuah syarikat pengangkutan membabitkan urus niaga jutaan ringgit serta menaungi lebih 200 pekerja, pasti ramai terkejut jika diberitahu Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara, Che Ibrahim Che Ismail, hanya bersekolah setakat tingkatan tiga.

Bagaimanapun, Che Ibrahim, 54 tidak pernah malu dengan kenyataan itu, sebaliknya bangga kerana mampu mencipta kejayaan dikecapinya sekarang biarpun tidak menjejakkan kaki ke menara gading dan menggenggam ijazah.

Bagi bapa kepada 11 anak itu, pengalaman hidup sebagai orang tidak berpendidikan tinggi dan dibesarkan dalam keluarga nelayan yang serba kekurangan menjadikan dia cekal serta menjadi pembakar semangat kepadanya untuk menjadi insan berjaya.

"Sebelum ini saya selalu dicemuh rakan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Saya juga selalu menjadi sindiran orang ramai hanya kerana saya tak belajar tinggi".

"Namun semua itu membuatkan saya kuat serta tabah. Kesusahan hidup mendorong saya berusaha gigih untuk mengubah kehidupan," katanya.

Che Ibrahim berkata, menyedari kekurangan dirinya, beliau melihat hanya perniagaan menjadi kerjaya terbaik untuk dijadikan sumber pendapatan.

"Jadi, sejak usia belasan tahun lagi saya mula-mula berniaga secara kecil-kecilan. Seingat saya, pada usia 18 tahun saya mula serius menjual buah-buahan. Alhamdulillah, rezeki saya murah kerana selain menjual, saya menjadi pengedar".
"Sebagai pengedar, saya perlu hantar buah-buahan hingga ke luar Kelantan, menyebabkan saya terpaksa menyewa van dan lori. Semua itu membabitkan kos tinggi dan daripada situ saya melihat peluang dalam perniagaan bidang pengangkutan," katanya.
Menurut Che Ibrahim, ketika itu dia hanya ada sebuah lori yang layak dijadikan aset, namun itu tidak membantutkan cita-citanya.

"Saya nekad menghantar lori itu ke bengkel untuk diubah suai menjadi bas sekolah. Berbekalkan modal kira-kira RM8,000, lori itu kemudian diubahsuai menjadi bas sekolah yang mampu memuatkan 37 penumpang," katanya.
Bermula detik itu, beliau mula serius untuk terbabit dalam perniagaan pengangkutan dengan beralih dengan penjual buah kepada pemandu bas yang membawa murid sekolah di sekitar Kota Bharu.

Walaupun terpaksa berdepan cabaran untuk mendapatkan permit daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), beliau menganggap itu asam garam dalam perniagaan dan ia perlu ditempuh dengan sabar, terutama bagi yang tidak berpendidikan tinggi.

Selepas beberapa tahun mengusahakan bas sekolah, Che Ibrahim mula mengembangkan perniagaannya dengan turut menyediakan bas kilang selepas mendapati permintaan terhadap perkhidmatan itu tinggi di sekitar Kota Bharu.

"Berbekalkan modal yang saya kumpul hasil mengusahakan bas sekolah, saya beranikan diri membeli beberapa bas kilang. Alhamdulillah strategi saya mengena kerana perniagaan saya berjalan lancar sebagaimana dirancang".
"Sehingga 1992, saya ada 20 bas kilang dan 10 bas sekolah dengan jumlah pekerja kira-kira 30 orang. Sambutan pelanggan sungguh memberangsangkan, mungkin disebabkan ketika itu masih tidak banyak pengusaha bas kilang dan sekolah," katanya.
Lumrah orang berniaga, selagi ada peluang terhidang pasti dimanfaatkan dan itu dilakukan Che Ibrahim apabila melihat potensi untuk perniagaan bas sekolah dan bas kilang miliknya dikembangkan lagi dengan menyediakan perkhidmatan bas ekspres.

"Ketika itu kerajaan membuat tawaran untuk memberi bantuan kepada pengusaha yang berminat dalam perniagaan perkhidmatan bas ekspres. Saya segera memohon dan berdasarkan pengalaman yang ada, permohonan saya diterima".
"Bermula detik itu, wujudlah Konsortium Mutiara. Nama Mutiara saya pilih kerana ia saya harap akan sentiasa bersinar dan membawa rezeki kepada saya," katanya.
Che Ibrahim berkata, selepas menceburi pengangkutan bas ekspres, beliau terpaksa menghentikan bas sekolah dan kilang kerana ingin memberi tumpuan penuh kepada bidang perniagaan barunya yang lebih mencabar serta memerlukan komitmen tinggi.

Menurutnya, walaupun perniagaan bas ekspres memerlukan modal tinggi kerana sebuah bas berharga antara RM600,000 hingga RM800,000, ia mampu memberi keuntungan berpanjangan kerana pengangkutan sentiasa diperlukan semua lapisan masyarakat.

Kini, beliau mampu tersenyum puas apabila Konsortium E-Mutiara memiliki 60 bas, termasuk 10 bas dua tingkat(ketika berita ini ditulis) dengan kekuatan pekerja seramai 231 orang. Setakat ini, bas ekspres Konsortium E-Mutiara menyediakan perjalanan kesemua destinasi seluruh negara, kecuali Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

"Walaupun berdepan kemunculan banyak syarikat bas yang baru, saya tidak menganggapnya cabaran, sebaliknya sentiasa berfikiran positif dengan sentiasa bekerja keras untuk memastikan perkhidmatan yang kami sediakan lebih baik berbanding pesaing," katanya.
Menjawab soalan apakah cabaran paling getir dihadapinya dalam perniagaan, Che Ibrahim berkata, perkara paling 'ditakutinya' ialah kenaikan harga bahan bakar serta kos alat ganti kenderaan yang boleh dikatakan berlaku setiap bulan.

"Dalam hal ini pengusaha perkhidmatan pengangkutan banyak bergantung kepada dasar bantuan disediakan kerajaan. Alhamdulillah, bantuan kerajaan seperti pemberian subsidi diesel banyak membantu syarikat saya," katanya.

Biodata :

Nama : Che Ibrahim Che Ismail
Jawatan : Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara
Lahir : 18 Julai 1955
Isteri : Naemah Yaacob, 30

Anak : Sebelas anak hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya iaitu Khahalilullah (28); Tamtini (27); Amalina (26); Khairul Azhar (25); Khairul Anam (23); Khairul Adni (21); Salsabila (17); Siti Nahwan (15); Mohd Atifuddin (13); Nurul Aufa (10) dan Mohd Anwar (8)

Pendidikan : Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa, Kelantan


| Turun Ilmu Pada Anak |

Dalam usaha memastikan legasi perniagaan diasaskan sejak 32 tahun lalu berterusan, Che Ibrahim kini menurunkan segala ilmu kepada tiga anak lelakinya iaitu Khahalilullah 28; Khairul Anam 23 dan Khairul Adni 21.

Beliau berkata, pada mulanya mereka tidak berminat kerana masing-masing mahu membentuk hala tuju sendiri, namun selepas diberi pendedahan, mereka turut jatuh cinta kepada dunia perniagaan perkhidmatan bas ekspres.

"Bukan senang mahu mengajak anak mengikut rentak dan keinginan kita, namun perkara itu terpaksa saya lakukan berikutan bimbang perniagaan hasil penat lelah sepanjang 32 tahun terkubur di tengah jalan tanpa penyambung".
"Biarpun pada mulanya mereka tiadak berminat, Alhamdulillah kini mereka menampakkan kemajuan dan boleh diharap," katanya.
Beliau berkata, kaedah digunakan untuk mendidik ilmu perniagaan secara lebih berkesan kepada anaknya ialah mendedahkan mereka dari peringkat bawah iaitu sebagai penjual tiket di kaunter dan menjaga bengkel.

"Hanya dengan cara tiu mereka dapat merasai situasi pekerja di peringkat bawah sebelum saya tukarkan ke jawatan lebih tinggi," katanya.
Che Ibrahim berkata, selepas ketiga-tiga anaknya lulus 'ujian' yang diberinya sejak tiga tahun lalu, kini masing-masing memegang jawatan lebih penting.

Menurutnya, Khahalilullah dilantik sebagai Pegawai Operasi, Khairul Anam sebagai Pengurus Cawangan Lembah Klang dan Khairul Adni sebagai Pegawai Teknikal.

"Saya kini lega kerana mereka bertiga mampu menggalas tanggungjawab diberi. Segala urusan berkaitan bidang masing-masing mampu diselesaikan dengan baik. Jika ada masalah besar, baru mereka rujuk kepada saya," katanya.
Bagaimanapun, untuk mencipta kejayaan perlu ada pengorbanan dan itu yang mereka alami sekarang kerana kesibukan tugas masing-masing menyebabkan mereka empat beranak sukar berjumpa, terutama Khairul Anam yang banyak masanya dihabiskan di Lembah Klang.

"Namun, kami sering berhubung melalui telefon. Jika berjumpa, kami memanfaatkan masa sebaik-baiknya dengan berbincang berkaitan hal keluarga dan perniagaan," kata Che Ibrahim.
** Petikan sumber internet dan surat khabar

Read more --> Selayang Pandang Dari Meja Pemilik Mutiara Eskpres

Jalan-Jalan Cari Bas (Part 2)

Macam biasa la........kalu dah ke selatan mesti singgah port terbaik ni......






Read more --> Jalan-Jalan Cari Bas (Part 2)

Wednesday 18 May 2011

Ming Ann Restaurant

Kalau di Lucky Garden agak senang nak snap pics......tapi di Ming Ann ni x cukup space........maka dapat lah gambar separuh-separuh je......









Read more --> Ming Ann Restaurant